SUNNAH MELUASKAN REZEKI KEPADA KELUARGA DAN MASYARAKAT: AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJAR DILAKSANAKAN

 


Amalan bersedekah dan meluaskan rezeki kepada keluarga dan masyarakat adalah satu sifat yang sangat mulia dan disayangi Allah SWT. Rezeki adalah merupakan apa sahaja nikmat dan kurniaan Allah SWT kepada hambaNya. Ia tidak terhad kepada wang ringgit atau harta semata-mata tetapi kesihatan, ilmu pengetahuan, perlindungan, kebahagiaan dan sebagainya juga merupakan rezeki. Firman Allah SWT:

“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata.” (QS Hud: 9).

Terdapat beberapa amalan yang kita boleh lakukan bagi menjemput rezeki dari Allah SWT. Antaranya:

1) Taat segala perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.
2) Tidak meninggalkan zakat.
3) Lazimi istighfar.
4) Eratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah.
5) Lazimi sedekah.
6) Tawakal kepada Allah SWT.
7) Syukur atas segala nikmat.
8) Lazimi solat dhuha.
9) Perbanyakkan selawat.

Dengan mengamalkan amalan – amalan ini, In Shaa Allah rezeki yang datang akan menjadi berlipat ganda. Apabila rezeki datang berlipat ganda, maka adalah wajar untuk kita meluaskannya kepada keluarga dan masyarakat. Allah SWT berfirman:

“Dan apa sahaja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (QS Saba: 39).

Manakala dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya.” (HR muslim).

Maka dari itu, marilah kita meluaskan rezeki kita kepada keluarga dan masyarakat supaya lebih diberkati oleh Allah SWT. Tidak ada ruginya jika kita bersedekah kerana sedekah itu amalan mulia. Sedekah itu walaupun sedikit, tetapi mampu menjauhkan kita dari api neraka. Semakin banyak sedekah, semakin jauh kita darinya. Daripada Aisyah RA, Raslulullah SAW bersabda:

“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” (HR Ahmad).

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


Comments