CUBAAN GOLONGAN LIBERAL MENGELIRUKAN UMAT ISLAM


Perspektif penyelidikan di Malaysia menyimpulkan bahawa konsep Islam liberal tidak jauh berbeza dengan maksud Islam liberal yang dianjurkan Barat. Bagi mereka, indikator rasional dan kebebasan individu yang menjadi asas kepada kefahaman ini adalah bertentangan sama sekali dengan prinsip dan ajaran Islam.

Usaha golongan Islam liberal ini bertindak ‘bebas’ (tanpa kawalan mana-mana pihak) dalam semua perkara termasuk hak beragama dan hak berakidah adalah cubaan mereka untuk mengelirukan umat Islam dan membawa rakyat negara ini kepada krisis kemanusiaan yang dialami disembunyikan oleh masyarakat Barat pada ketika ini.  

Sepertimana kita maklum, Islam daripada semua perspektif sama ada akidah, syariah dan akhlak mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri, adab dan peraturan yang ketat tetapi boleh diubah suai mengikut keadaan yang secara asasnya adalah mudah tetapi tidak semudah yang difikirkan. Kesempatan yang diambil oleh golongan liberal ini dengan menjenamakan ‘Islam’ dalam fahaman tersebut dianggap sebagai cubaan untuk mengelirukan umat Islam yang lemah imannya, mencemarkan akidah umat Islam dan martabat agama Islam itu sendiri. 

Persoalannya, bagaimana umat Islam hendak mempertahankan syariat kita dalam mendepani arus pemikiran yang datang bersama-sama dengan peradaban Barat? Renung-renugkan.

Sumber: Jurnal Islamiyyat, Vol. 41(2) – Universiti Kebangsaan Malaysia


 

Comments