Isu murtad dalam kalangan umat Islam tidak boleh dipandang ringan. Hal ini merupakan satu isu besar yang harus ditangani oleh semua pihak. Ia perlu dibendung lebih awal agar umat Islam tidak mudah dipesongkan oleh musuh Islam. Oleh yang demikian, agama Islam adalah satu-satunya agama yang dapat menyelamatkan umat manusia di dunia dan akhirat. Tidak ada agama yang paling sempurna selain Islam dan tidak ada ajaran dan pegangan yang paling baik dan indah selain yang ada dalam Islam.
Menurut agama Islam, golongan yang murtad ini boleh dikenakan hukuman mati jika menepati syarat-syaratnya. Persoalannya, mengapa ramai mempertikaikan hukum Islam dengan mengatakan ianya kejam, sedangkan persepsi mereka terhadap hukuman sivil yang memberi hukuman mati dikatakan wajar?
Orang yang keluar daripada Islam boleh dianggap sebagai pengkhianat terhadap peraturan-peraturan Islam. Jelasnya ialah tiada hukuman bagi pengkhianat kecuali hukuman yang telah ditetapkan. Semua warganegara apabila mengingkari perlembagaan negaranya tentu akan dituduh sebagai pengkhianat terhadap negaranya. Dalam masalah ini, Islam menetapkan hukuman mati terhadap pengkhianat agama Islam apabila dia tidak mahu bertaubat dan tidak mahu kembali lagi ke dalam Islam.
Justeru itu, masyarakat perlu jelas bahawa hukuman mati ke atas pesalah jenayah murtad adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan hukum semasa, bahkan ia wajar dilaksanakan sesuai dengan kedudukan agama Islam sebagai agama suci.
Sumber: Jurnal Teknologi (Social Sciences), Vol. 59 – Universiti Teknologi Malaysia
Comments
Post a Comment