Menurut laporan Integrated Food Security Phase Classification (IPC), situasi kebuluran yang digambarkan sebagai 'senario paling buruk' kini berlaku di wilayah G@z@. Lebih 22 bulan selepas operasi ketenteraan I$r4el di G@z@, penduduk terus bergelut dengan krisis kebuluran yang semakin serius. Lebih menyedihkan, laporan daripada Kementerian Kesihatan G@z@ menyatakan jumlah korban akibat krisis ini seramai 239 orang termasuk 106 kanak – kanak semenjak konflik I$r4el -H4m@s tercetus pada 7 Oktober 2023.
Dengan laporan yang dikeluarkan ini, ia jelas menunjukkan signal amaran yang sangat besar kepada semua umat Islam di seluruh dunia bahawa perjuangan ini semakin hari semakin besar dan semakin hampir ke penghujungnya. Semangat persaudaraan ummah yang diterapkan oleh ajaran Islam ini mengandungi makna yang amat besar dan ia boleh diumpamakan seperti sebuah Keluarga Ummah yang besar. Sebagai sebuah keluarga besar, ummah Islamiyah mestilah saling mengambil tahu, berkepedulian dan saling membantu serta bertolongan antara satu dengan lain sepanjang menjalani kehidupan dan membina ketamadunan ummah di dunia ini. Firman Allah SWT:
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. (QS Al – Hujurat: 10).
Inilah tanggungjawab kita sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang Muslim ialah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim).
Umat Islam yang mempunyai kesempurnaan iman akan memperjuangkan perkara yang sama untuk saudara Islam yang lain khasnya mereka yang sedang ditindas di P4l3st!n. Kekacauan yang sedang melanda saudara Islam di sana, namun ia juga adalah ujian kepada kita yang sedang menikmati keamanan di sini. Ujian kepada kita adalah untuk menguji sama ada kita mampu memenuhi tanggungjawab sebagai seorang saudara seagama kepada mereka yang berada dalam peperangan atau kita hanya berdiam diri dalam kesenangan tanpa menitipkan sebarang doa mahupun sumbangan kepada mereka.
Oleh itu, marilah kita sama – sama melakukan ‘wake up call’ kepada semua pihak agar jangan pernah berhenti memperjuangkan nasib saudara kita di bumi G@z@. Saudara kita dalam kelaparan, adakah kita sanggup melihat mereka kebuluran?! Sudah tiba masanya untuk Malaysia tampil sebagai peneraju utama dalam membantu menyelamatkan rakyat Gaza daripada krisis kebuluran yang menyentuh naluri kemanusiaan setiap insan.
Memenuhi tuntutan persaudaraan antara orang Islam walau melalui sekecil-kecil cara seperti berdoa sekalipun boleh menjadi bukti tanggungjawab seorang Muslim terhadap Pencipta dan saudara seagama. Jangan pernah berhenti berjuang!
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Comments
Post a Comment