HINA AGAMA & 3R: DOSA, JENAYAH, ANCAMAN PERPADUAN


Menghina Islam adalah perbuatan berdosa besar dalam syarak. Ia juga kesalahan di sisi undang-undang, seperti termaktub dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan peruntukan negeri. Hukuman termasuk denda, penjara, atau sebatan. Fatwa negeri-negeri pula menegaskan penghinaan agama tidak boleh dikompromi kerana mencetuskan ketidakharmonian.

Selain itu, agama, kaum, dan institusi Diraja (3R) adalah teras keharmonian negara. Perkataan atau perbuatan yang menyentuh isu ini secara melampau boleh menimbulkan kebencian, perpecahan, dan ancaman keselamatan. Pihak berkuasa telah membuka puluhan kertas siasatan berkenaan isu ini menunjukkan betapa seriusnya ancaman ini.

Media sosial tidak seharusnya menjadi ruang penghinaan dan provokasi. Masyarakat mesti bijak menggunakan kebebasan bersuara, menjaga adab, dan mengelakkan sindiran terhadap agama atau identiti bangsa demi menjaga keharmonian dan kemerdekaan negara. 

Justeru itu, menghina Islam dan mempermainkan isu 3R adalah dosa, jenayah, dan ancaman perpaduan. Masyarakat perlu sedar bahawa kebebasan tidak bermakna bebas menghina. Dengan sikap saling hormat dan beradab, keharmonian Malaysia sebagai negara majmuk dapat terus dipelihara.

Sumber: JAKIM & PDRM


 

Comments