JANGAN JADI "KUNCI" KEBURUKAN TERHADAP ISLAM

 


Kematian aktivis politik konservatif yang juga pengasas Turning Point USA (TPUSA), Charlie Kirk beberapa minggu lalu akibat ditembak mencetuskan perdebatan seluruh dunia. Ada yang bersimpati dan tidak kurang juga ada yang meraikan kematiannya kerana mereka merasakan itu perlu. Untuk info, Charlie Kirk adalah antara salah seorang penyokong kuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan sentiasa mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi antaranya ingin menghapuskan azan di seluruh AS, menafikan kewujudan P4l3st!n dan juga pandangan terhadap keganasan senjata.

Kematiannya yang menjadi berita hangat di setiap platform media sosial menjadi titik permulaan bagi kelompok Islamophobia melemparkan tuduhan ini ke arah umat Islam apatah lagi selepas banyak kritikan dan ulasan yang menjurus kematiannya dibuat oleh sebahagian netizen yang beranggapan kelompok ekstremis agama menjadi penyebabnya sebelum mendapat tahu siapa pelaku sebenarnya. Apa yang artikel cuba gambarkan di sini adalah Islam selamanya menjadi ancaman kepada puak – puak kafir yang sentiasa mencari jalan ‘perang’ terhadap umat Islam.

Jadi, artikel ingin memberi sedikit pesanan kepada orang ramai khususnya umat Islam, dalam kita merasa "senang" dengan kematian musuh Allah SWT, tapi jangan sampai berlebihan hingga menyebabkan tercetusnya fitnah terhadap agama Islam. Ini akan mendatangkan kegusaran kepada masyarakat bukan Islam yang akan menganggap seolah – olah agama Islam mengajar penganutnya meraikan kematian manusia.  Mereka mungkin menggambarkan penganut agama ini menggalakkan kekerasan, tidak boleh dipercayai, dikuasai nafsu dan sebagainya sedangkan itu bukan ciri-ciri akhlak Islam sejati yang sentiasa menggalakkan perdamaian. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.” (QS Al – Maidah: 9).

Seharusnya kita sebagai umat Islam mengambil iktibar daripada kematian Charlie Kirk ini agar tidak terlalu lancang dalam berkata – kata. Semua ini hanyalah sementara dan kepada Allah SWT tempat kita kembali. Sedar dan insaflah kita di atas setiap perbuatan kita yang melampaui batas termasuk dalam melontarkan kata – kata dan perbuatan. Islam agama kedamaian bukan agama permusuhan, jangan jadikan diri kita 'kunci' kepada keburukan imej Islam!!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Comments