KETAKSUBAN CINTA SYIAH MENGHANCURKAN AKIDAH DAN PERADABAN ISLAM


Ancaman terbesar selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW adalah ancaman puak Syiah yang telah merosakkan dan menghancurkan peradaban Islam sehingga berlakunya huru-hara di kebanyakan negara-negara Islam. Syiah membawa aliran yang jauh terpesong dari landasan Islam yang sebenar dan mengancam akidah umat Islam sesebuah negara.

Hal ini terbukti apabila negara-negara yang telah dijajah dan diperintah oleh puak Syiah dengan begitu rakus membunuh umat Islam beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kerana mereka menganggap bahawa akidah ASWJ telah tersesat dan hanya aliran Syiah sahaja diiktiraf sehingga menghalalkan pembunuhan terhadap golongan Sunni. 

Pelbagai fahaman dan fatwa ganjil yang diperkenalkan oleh golongan Syiah sehingga membawa kepada percanggahan dalam masalah akidah dan fiqh. Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahlul Bait Rasulullah SAW, namun semangat kecintaan tersebut telah diselewengkan oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk melalui para munafik.

Contohnya, Abdullah bin Saba’ yang dikatakan pengasas utama Syiah telah berpura-pura menganut Islam tetapi hakikatnya adalah ‘duri dalam daging’ bagi umat Islam. Beliau juga telah berjumpa dengan Saidina Ali RA dan berkata: 
“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan).” Beliau mengulanginya beberapa kali. Maka Saidina Ali berkata: “Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu).” Saidina Ali bertanya: “Siapakah aku yang sebenarnya?” Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi: “Kamulah Allah!”

Lantaran kata-kata Abdullah bin Saba’ tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut yang tidak mahu bertaubat daripada pegangan sesat mereka itu.

Justeru itu, terang lagi bersuluh akidah Syiah jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar. Fatwa juga telah mengharamkan mana-mana umat Islam yang bergelumang dalam puak Syiah apatah lagi berpegang pada ideologinya kerana Syiah bukanlah sebahagian daripada mazhab dalam Islam, tetapi adalah sebuah ajaran sesat yang perlu dihindari.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor


 

Comments