Umat Islam mengalami proses kecairan identiti dan jati diri Islam apabila berhadapan dengan serangan pemikiran liberalisme. Pemahaman ini cuba mencampur adukkan dengan pemikiran mengikut kerangka Barat sebagai asas pemikiran. Golongan yang mempromosi pemikiran ini berusaha mentafsir semula Islam sesuai dengan kerangka pemikiran rasional dan logik tanpa mengambil kira keterangan wahyu dan tuntutan hadis Rasulullah SAW.
Suara yang mempertikaikan peraturan Islam mula muncul secara terang-terangan seperti pemakaian hijab bagi wanita, pelaksanaan mahkamah syariah, pembahagian harta pusaka, menuntut pembebasan wanita sepenuhnya dan sebagainya.
Pandangan seumpama ini mendapat sambutan daripada kalangan anak muda yang kurang ilmu agama dan pengetahuan mereka kepada agama Islam. Keadaan ini menjadi lebih tidak terkawal apabila media sosial dijadikan sebagai medium untuk melontar idea dan pandangan.
Oleh sebab itu, anak muda Islam terutamanya semakin lama mengalami kecairan identiti disebabkan leka dan lalai dengan fatamorgana dunia liberalisme yang semakin 'mendonia' tanpa batasan. Justeru itu, bukak minda, jaganlah melihat agama sebagai satu institusi yang menghalang kemajuan dan pembangunan berinovasi, sebaliknya dengan agama umat Islam boleh berjaya di dunia dan di akhirat.
Sumber: Jurnal Akademika, Vol.91(1)- Universiti Kebangsaan Malaysia
Comments
Post a Comment