PERANG SARAF JONATHAN SCHANZER!!! MENYINGKAP NARATIF PALSU MALAYSIA PUSAT OPERASI HAMAS UNTUK PENGARUH PERSEPSI DUNIA




 Siapakah Jonathan Schanzer?

- Bekas penganalisis kewangan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat;

- Pengarah Esekutif di Foundation for Defend of Democracies (FDD);

- FDD adalah sebuah ‘think tank’ yang terkenal pro-Israel yang sering melobi kerajaan Amerika supaya mengukuhkan sekatan terhadap negara yang menentang agenda Israel;

- Melancarkan naratif palsu yang jahat sebagai propaganda untuk mempengaruhi psikologi atau pemikiran masyarakat dunia sekiranya terdapat mana-mana pihak cuba mengutuk dan mengecam Israel.

Tuduh Malaysia Pusat Operasi Hamas?

Isu ini adalah rentetan dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong Palestin dan menggesa supaya hubungan dengan Israel diputuskan kerana Gaza terus dihancurkan manakala Tebing Barat dirampas.

Kenyataan ini telah dikritik oleh Jonathan Schanzer beserta tuduhan bersifat subversif di sebuah aplikasi media sosial dengan menyatakan ‘Negaranya sudah lama menjadi tuan rumah kepada anggota Hamas. Beliau langsung tidak berminat dengan perdamaian’.

Isu ini tidak berakhir di situ, sebaliknya para netizen Malaysia telah ‘menyerang’ Jonathan bertubi-tubi beserta bukti perbandingan rekod negara Barat yang pernah terbabit dalam peperangan dan pengeboman di luar negara. 

Kesimpulannya, naratif jahat dan propaganda palsu yang dicanang oleh Jonathan secara tidak langsung boleh dilihat sebagai cubaan mencetuskan perang saraf di peringkat global dengan menyasarkan Malaysia yang memegang imej sebagai sebuah negara Islam. Tujuannya supaya masyarakat dunia turut sama memusuhi Malaysia, seterusnya bakal menyekat ekonomi, politik mahupun hubungan diplomatik Malaysia dengan negara lain. 

Oleh sebab itu, perlunya usaha berterusan dari setiap lapisan masyarakat Malaysia untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan Malaysia dengan cara penuh hikmah (‘halus dan lembut’) sama ada secara ‘online’ mahupun ‘offline’ untuk mematahkan naratif jahat dan propaganda palsu. Sekiranya tiada apa-apa tindakan dilakukan, nescaya tidak mustahil niat musuh Islam untuk melumpuhkan Malaysia dan agama Islam itu sendiri berjaya. 

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- SEP 2025 dan Sinar Harian 21 SEP 2025

Comments

  1. மலேசியாவில், சுற்றுலாப் பயணிகளை ஈர்ப்பதற்காக மில்லியன் கணக்கான ரிங்கிட் செலவிடப்பட்டுள்ளது, ஆனால் நீங்கள் வெளிநாட்டு சுற்றுலாப் பயணிகளை பயமுறுத்தும் முட்டாள்தனத்தைப் பேசுகிறீர்கள்.

    ReplyDelete

Post a Comment