SERUAN KEMANUSIAAN: AYUH RAKYAT MALAYSIA, BERSAMA MENYOKONG USAHA GLOBAL SUMUD FLOTILLA DEMI G4Z4


Pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) kini sedang menuju ke destinasi yang dinantikan, G4z4. Pelayaran yang melibatkan sekitar 50 buah kapal awam yang membawa lebih daripada 500 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan keperluan asas lain. Peserta misi ini melibatkan lebih daripada 1,000 individu dari lebih 45 negara, termasuk aktivis, doktor, agamawan, artis, dan sukarelawan.

Allah SWT berfirman:

“Dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia.” (QS Al – Maidah: 32).

Usaha GSF ini wajar disokong tanpa berbelah bahagi kerana ia melibatkan hak dan keamanan sejagat khususnya buat warga P4l3st!n yang sejak sekian lama ditindas oleh rejim z!0n!s laknatullah. Seruan ini juga ditujukan khas kepada para pempengaruh media sosial yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai. Gunakanlah pengaruh anda untuk menyumbang kepada kebaikan atas nama kemanusiaan. Kalau ada yang tanya kenapa, ini antara sebabnya:

Kerana mereka manusia seperti kita.
Kerana mereka tidak minta lebih, hanya ingin hidup dalam aman.
Kerana membiarkan kezaliman tanpa bersuara adalah pengkhianatan terhadap nilai Islam dan kemanusiaan.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik – baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya.” (HR Ibnu Hibban).

Walaupun kita berada jauh beribu batu daripada saudara seagama kita, apa yang boleh kita lakukan untuk menyokong usaha ini adalah:

1. Sebarkan kesedaran – Gunakan media sosial untuk menyokong Global Sumud Flotilla.
2. Berdoa & solat hajat – Mohon agar misi bantuan ini dilindungi dan berjaya.
3. Derma kepada NGO yang terlibat – Setiap ringgit anda membawa makanan, ubat dan harapan ke Gaza.
4. Tekan kerajaan & masyarakat antarabangsa – Desak tindakan diplomatik untuk hentikan sekatan.

Sehingga kini, usaha yang dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia dan aktivis media sosial membuahkan sedikit hasil apabila ada berberapa bilangan pemimpin dunia kini membuka mata mereka dan memandang hal kemanusiaan. Setakat ini, banyak negara yang sudah membantu dengan yang terbaru Sepanyol bertindak menghantar kapal perang dari Cartagena untuk menyokong dan melindungi flotilla. Malaysia juga tidak ketinggalan apabila bertindak menghantar 15 wakil dari NGO seperti Cinta Gaza Malaysia, MAPIM Malaysia, dan Cinta Salam Malaysia.

G4z4 mungkin jauh dari mata, tetapi ia dekat di hati. Jangan biarkan usaha murni GSF berlalu begitu sahaja. Ini bukan sekadar tentang P4l3st!n, tetapi ianya adalah ujian terhadap nilai kita sebagai manusia dan umat Islam. Bersuara! Bertindak! Derma dan Berdoalah! Kerana di saat mereka dikepung dengan bom, kita masih bebas untuk memilih — sama ada menjadi penyokong kebenaran, atau sekadar penonton sunyi. Firman Allah SWT:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan." (QS Al – Maidah: 2).

Sumber: Twitter @ X Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri


 

Comments