WASPADALAH!!! GERAKAN KRISTIANISASI TIDAK AKAN PERNAH BERAKHIR SELAGI SELURUH UMAT ISLAM TIDAK MURTAD
Gerakan Kristianisasi dalam kalangan masyarakat Islam berpunca dari rasa dendam pemimpin-pemimpin Kristian kerana kekalahan mereka dalam beberapa siri peperangan. Sebagai contoh pertembungan agama Islam-Kristian pada abad ke VII dan berlakunya peperangan antara kedua agama tersebut serta kemaraan tentera Islam menembusi benteng-benteng negara Eropah Kristian menyebabkan timbulnya gerakan Kristianisasi dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia.
Gerakan ini tidak akan berakhir selagi mana umat Islam masih berpegang teguh kepada akidah Islam. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT melalui firmanNya dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud: “Banyak diantara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW)”
Usah kita melihat jauh, di Malaysia terbukti purata orang Islam yang murtad terutamanya Melayu Islam semakin meningkat dari hari ke hari membuktikan sekaligus kewujudan gerakan Kristianisasi yang dicanang sewaktu masa dahulu telah mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia dan kian mencapai matlamatnya.
Justeru itu, diharapkan dengan pendedahan ini masyarakat Islam hendaklah mengambil inisiatif untuk lebih memahami dan mengenali bentuk-bentuk gerakan Kristianisasi disamping memantapkan akidah supaya tidak terpengaruh dan mempersiapkan diri untuk menghadapi ancaman gerakan tersebut.
Sumber: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya
Comments
Post a Comment