Dunia sedia maklum kejahatan tentera-tentera Israel terhadap umat Islam di Gaza. Tindakan mereka melakukan genosid dan tingkah laku subversif terhadap rakyat tempatan tanpa mengira jantina, umur dan status awam menjadikan mereka bongkak, sombong dan menganggap mereka paling berkuasa di dunia pada ketika ini.
Meskipun nampak gagah secara luarannya, namun dalamannya memakan diri. Laporan dikeluarkan bahagian pemulihan kementerian Hal Ehwal Tentera di Tel Aviv mendapati kira-kira 40 peratus yang cedera dalam operasi ganas di Gaza kini bergelut dengan penyakit mental. Antaranya kebimbangan melampau, kemurungan, tekanan pascatrauma, kesukaran berkomunikasi dan penyesuaian diri.
Tambahan pula, data tersebut turut menunjukkan lebih separuh daripada anggota juga menderita gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD) semenjak kempen pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Ben Shitrit, kapten tentera Israel mendedahkan beliau masih dihantui bayangan perang yang ditinggalkannya dan ketika ini tentera Israel berdepan dengan gelombang kes bunuh diri ekoran PTSD.
Sebagai umat Islam kita mempercayai bahawa inilah ‘tentera’ yang dikirimkan Allah SWT untuk menghapuskan manusia yang berhati binatang. Meskipun tidak nampak secara kasar, tetapi karma ini begitu ‘halus’ yang boleh memakan diri mereka dan membuatkan para laknatullah menderita berpanjangan sebagai tanda murka Allah SWT.
Kadangkala Allah SWT sembunyikan matahari, lalu didatangkan hujan dan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah SWT nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Begitulah perumpamaannya supaya kita tidak pernah putus berusaha, berdoa dan tawakkal atas segala apa yang diminta dan yakin bahawa setiap perkara yang ditentukan oleh Allah SWT itu pasti ada hikmahnya.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – OKT 2025 dan Harian Metro – 22 OKT 2025

Comments
Post a Comment