Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS Ali ‘Imran: 139).
Umat Islam yang dikasihi Allah SWT,
Apabila kebenaran bergerak, kezaliman akan cuba menyekatnya. Apabila kasih sayang dibawa kepada mereka yang ditindas, pastilah ada tangan-tangan jahat yang mahu memadamkan cahaya itu. Inilah yang berlaku kepada Global Sumud Flotilla (GSF), sebuah misi suci yang membawa ubat, makanan dan harapan untuk rakyat P4l3st!n yang telah dipintas secara tidak sah oleh rejim z!0n!s.
Namun ketahuilah, pemintasan ini bukanlah kekalahan. Ia adalah kemenangan moral dan rohani bagi seluruh umat manusia yang bermaruah. Mereka tidak takut dengan senjata, mereka bawa hati yang bersih dan tekad yang suci. Para sukarelawan GSF bukan membawa bendera perang, tetapi panji kasih sayang dan keprihatinan. Dalam Islam, membantu mereka yang tertindas adalah kewajipan yang dituntut syarak. Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka." (HR Al – Hakim).
Misi ini bukan bergerak dalam senyap. Sistem Sumud Nusantara Flotilla Tracker, yang dibangunkan untuk memantau pergerakan flotilla secara langsung, telah diikuti oleh lebih 3.4 juta pengguna di seluruh dunia. Ini bukan angka biasa, ia adalah tanda bahawa dunia sedang memerhati. Bahawa rakyat biasa, dari pelbagai bangsa dan agama, sedang bersatu menyokong kebenaran. Bahawa walau flotilla dipintas, gelombang kesedaran ini tidak boleh dihentikan.
Mengapa GSF dikatakan satu misi yang berjaya?
• Kita berjaya menunaikan amanah kemanusiaan.
• Kita berjaya menegakkan prinsip keadilan Islam.
• Kita berjaya kerana setiap langkah yang diambil di jalan Allah tidak akan sia-sia.
Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (QS At – Taubah: 111).
Wahai umat Islam! Jangan biarkan semangat ini padam. Teruskan usaha kita:
• Mendoakan dan menyokong para sukarelawan.
• Menyebarkan kesedaran tentang perjuangan rakyat P4l3st!n.
• Mengecam kezaliman dan menyokong segala usaha kemanusiaan.
Global Sumud Flotilla telah dihentikan, tetapi semangat Sumud (keteguhan) tidak pernah mati. Mereka boleh memintas kapal, tetapi mereka tidak akan dapat memintas gelombang doa, solidariti dan kesedaran yang telah tersebar ke seluruh dunia.
KITA TIDAK KALAH, KITA BERJAYA.
Kerana yang berjuang di jalan Allah SWT, sentiasa di pihak yang menang – walau jasadnya disekat, rohnya tetap bebas.
#GlobalSumudFlotilla
#SumudUntukPalestin
#GSF2025
Sumber: Laporan Utusan Malaysia (2 Oktober 2025)
Comments
Post a Comment