ISRAEL TERUS LANGGAR GENCATAN SENJATA: KHIANAT YANG TAK BERKESUDAHAN


10 Oktober 2025, Israel telah bersetuju melalui perjanjian damai di hadapan dunia berkenaan pelaksanaan genjatan senjata di Palestin. Namun, ianya ibarat ‘cakap tak serupa bikin’ apabila Israel melanggar genjatan senjata yang dipersetujuinya. 

Setakat ini dilaporkan lebih 80 pelanggaran dilakukan semenjak tarikh tersebut termasuk serangan udara, tembakan artileri terhadap penduduk, pasukan perubatan dan wartawan, serta sekatan terhadap bantuan kemanusiaan di persepadanan Rafah. Laporan setakat 26 Oktober 2025, seramai lebih 100 orang awam terkorban, 303 penduduk cedera termasuk wanita dan kanak-kanak

Pelanggaran genjatan senjata membuktikan Israel tidak pernah berniat menghormati perjanjian damai yang dimediasi pihak antarabangsa. Penyamun tanah Gaza itu mendakwa, tindakan tersebut dilakukan kerana Hamas sebagai pihak pertama melanggar perjanjian dengan gagal menyerahkan semua tebusan seperti dijanjikan. Sedangkan penganalisis antarabangsa menegaskan kebanyakan serangan Israel berlaku di kawasan awam dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti serangan kumpulan pejuang.

Itulah wajah penyamun tanah Gaza yang melakukan khianat berterusan pada saudara Islam kita di sana. Meskipun kita tidak dapat membantu mereka secara fizikal, tetapi sebagai umat Islam, jangan pernah berhenti berbicara tentang Palestina, meskipun Gaza telah menjadi debu kerana moga sedikit perjuangan itu yang dihebah-hebahkan boleh menjadi kekuatan pada rakyat Palestina menghadapi makhluk jahiliyyah laknatullah.

Sumber: Sinar Harian – 23 OKT 2025

Comments