"H4M4S KERAH 7,000 ANGGOTA ‘BERSIHKAN’ PENJENAYAH, TALI BARUT ISRAEL DI G4Z@"
Inilah tajuk yang dipetik dari Utusan Malaysia bertarikh 13 Oktober 2025. Tajuk yang mengejutkan dunia Islam namun membangkitkan semangat jihad Muslim di seluruh dunia. Dalam situasi tegang di bumi G4z@, kelompok pejuang Palestin seperti H4m4s terpaksa bertindak tegas terhadap mereka yang sanggup menjadi tali barut musuh dengan menjual maruah, tanah air dan agama demi habuan dunia yang sedikit.
Peristiwa ini wajar menjadi iktibar besar buat umat Islam seluruh dunia. Apakah kita juga, dalam erti kata lain, sedang menjadi pengkhianat agama tanpa kita sedar? Apakah kita sanggup gadai prinsip Islam semata-mata demi wang, pengaruh, atau keselamatan peribadi? Allah SWT mengingatkan dengan jelas dalam al-Quran:
“Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah permainan dan senda gurau; sedangkan negeri akhirat itulah tempat yang kekal bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS Al – Hadid: 20).
Ganjaran dunia seperti wang, pengaruh atau perlindungan yang ditawarkan oleh musuh Islam hanyalah kesenangan palsu. Ia tidak mampu menolong seseorang pun di akhirat kelak, bahkan menjadi beban yang membakar dirinya dalam azab neraka. Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul, dan (jangan) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (QS Al – Anfal: 27).
Seorang tali barut atau pengkhianat agama tidak sekadar mengkhianati manusia, bahkan lebih dahsyat dia mengkhianati Allah SWT dan Rasul-Nya. Pengkhianatan seperti ini biasanya lahir daripada hati yang telah dijual kepada dunia, hilang takut kepada Allah SWT dan buta terhadap akhirat. Rasulullah SAW memberi maran tentang mereka yang menjual agamanya untuk keuntungan dunia:
“Celakalah hamba dinar, hamba dirham… Jika diberi, dia redha, dan jika tidak diberi, dia murka.” (HR Bukhari).
Tali barut I$r43l di G4Z@ itu mungkin dijanjikan keselamatan, harta atau kemewahan. Tetapi ingatlah, tiada jaminan keselamatan yang mampu menyaingi azab neraka. Apa gunanya selamat di dunia jika binasa di akhirat? Allah SWT berfirman:
“Sesiapa yang menjual agama mereka demi keuntungan dunia, mereka tidak akan mendapat bahagian (yang baik) di akhirat. Allah tidak akan berbicara kepada mereka, tidak akan memandang mereka pada Hari Kiamat, dan tidak akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih.” (QS Ali ‘Imran: 77).
Umat Islam harus bangkit dengan kesedaran bahawa agama ini tidak boleh dijual beli. Sebesar mana pun tekanan, semanis mana pun tawaran, jangan sekali-kali menjadi pengkhianat. Jadilah pejuang, bukan petualang. Jadilah pembela, bukan tali barut.
Biarlah dunia membenci, asalkan Allah meredhai.
Biarlah miskin di dunia, asalkan mulia di akhirat.
Biarlah hilang nyawa, asalkan tidak hilang iman.
Sumber: Utusan Malaysia (13 Oktober 2025)

Comments
Post a Comment