Dalam konteks Malaysia, proses penyebaran ajaran sesat Syiah dalam masyarakat Melayu berlaku menerusi pelbagai cara. Antara medium penyebaran yang memberikan impak ketara adalah penyebaran karya-karya Syiah berbahasa Melayu.
Terdapat pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dalam karya-karya Syiah bagi meragukan keabsahannya sebagai sebuah mazhab. Antaranya mempertikaikan hujah golongan Sunni sebagai golongan majoriti, sedangkan majoriti tidak semestinya benar. Mereka turut mendakwa kewujudan ASWJ tidak memiliki sandaran kukuh dari segi syarak dan sejarah. Meragui keperibadian al-Asha’ari kerana berasal dari seorang tokoh Muktazilah dan menuduh ASWJ sebagai sebuah pakatan yang rapuh kerana menyaksikan pelbagai pertembungan dari sudut akidah dan fiqah.
Syiah juga bersikap amat skeptikal terhadap ASWJ yang sering dikaitkan secara tipikal dengan mazhab sahabat. Manakala Syiah pula menyandarkan diri mereka sebagai mazhab Ahlul Bait. Contoh karya-karya Syiah Melayu yang memberikan pandangan skeptikal terhadap ASWJ antaranya adalah:
i. Meniti Titian Kebenaran: Menyingkap Kebenaran Mazhab Rasul dan Ahlul Bait (karangan Khair Izzah); dan
ii. Perempuan Nan Bercinta (karangan Faisal Tehrani).
Kedua-dua karya ini telah dikenakan perintah larangan oleh Kementerian Dalam Negeri dan antara sebab utamanya adalah kerana mempromosikan fahaman Syiah yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi anutan rasmi di Malaysia.
Kesimpulannya, karya-karya Syiah Melayu tersebut gagal untuk membuktikan dakwaan-dakwaan skeptikal mereka terhadap mazhab ASWJ, bahkan terbukti bahawa ASWJ merupakan mazhab yang tertegak atas susur galur keilmuan yang bersambung kepada para Sahabat, seterusnya kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Ia bukan sebuah mazhab baharu yang wujud pada zaman terkemudian hasil daripada krisis politik antara Ali dan Muawiyah sebagaimana Syiah. Fikir dan jangan terpedaya.
Sumber: Jurnal Afkar, Vol. 21(1) – Jabatan Akidah & Pemikiran Islam – Universiti Malaya
Comments
Post a Comment