MASJID 4L – 4QS4 DIANCAM KERUNTUHAN JANGAN PERNAH BERHENTI BERJUANG BUAT HAK SAUDARA KITA


Firman Allah SWT:

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil 4qs@ yang telah Kami berkati sekelilingnya…” (QS Al – Isra’: 1).

Masjid @l-4qsa bukan sekadar sebuah bangunan bersejarah di bumi P4l3st!n. Ia adalah kiblat pertama umat Islam, tempat suci ketiga selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Di situlah Rasulullah SAW diisrak dan dimikrajkan, iaitu lambang penyatuan akidah seluruh umat Islam dari zaman para nabi hingga hari ini.

Namun kini, bumi P4l3st!n terus menangis. Setiap hari, kita melihat berita tentang kezaliman rejim z!0n!s yang tanpa segan silu melakukan penggalian di bawah Masjid @l-4qs@. Dinding-dinding suci itu diancam keruntuhan, sedangkan di atasnya tersimpan maruah dan sejarah Islam yang tidak ternilai. Mereka bukan hanya menggali tanah, tetapi sedang berusaha menggali dan meruntuhkan semangat umat Islam agar melupakan @l-4qs@ seolah-olah ia tiada lagi kaitan dengan kita.

Wahai saudara seakidah,

Ketahuilah bahawa membela P4l3st!n bukan sekadar isu kemanusiaan, tetapi ia adalah tanggungjawab iman. Selagi azan masih berkumandang di bumi ini, selagi kalimah Lā ilāha illallāh tersemat di hati kita, maka selagi itulah kita wajib mempertahankan @l-4qs@. Perjuangan ini bukan hanya dengan senjata, tetapi dengan doa, sedekah, kesedaran, dan suara. Setiap perkongsian, setiap doa selepas solat, setiap usaha menyalurkan bantuan, semuanya adalah bentuk jihad yang diterima di sisi Allah. Jangan pernah merasakan usaha kita kecil, kerana Allah SWT menilai keikhlasan, bukan kekuasaan.

Ingatlah, musuh Islam tidak pernah tidur. Mereka merancang siang dan malam untuk memadamkan cahaya Islam, tetapi Allah SWT telah berjanji untuk memeliharanya. Maka tugas kita adalah menjadi antara hamba yang Allah SWT pilih untuk mempertahankan rumah-Nya di bumi, walau dengan apa cara sekalipun yang kita mampu. 

Wahai umat Islam,

Bangkitlah dengan iman! Jangan biarkan @l-4qs@ diruntuhkan di hadapan mata kita dalam diam. Sematkan dalam hati bahawa perjuangan ini tidak akan berhenti sehingga bumi Palestin bebas dan Masjid @l-4qs@ kembali aman di bawah panji Islam. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

“Akan sentiasa ada satu kumpulan daripada umatku yang berjuang di atas kebenaran, mereka tidak akan mudarat dengan siapa pun yang menentang mereka, sehinggalah datangnya ketentuan Allah.” (HR Muslim).

Sumber: Laporan Sinar Harian (23 Oktober 2025)


 

Comments