Tular baru-baru ini satu hantaran di media sosial memaparkan individu yang secara terang-terangan menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan penghidap autisme, dengan merujuk ciri-ciri yang ada pada aktivis iklim antarabangsa Greta Thunberg. Antara sifat yang disebutkan adalah sifat fokus yang tinggi, suka menyendiri dan pemikiran yang berbeza dengan masyarakat. Ciri-ciri ini kononnya seiring dengan ciri autistik positif yang dimiliki Greta.
Namun, kenyataan sebegini adalah satu penghinaan serius terhadap Rasulullah SAW dan memperlihatkan kekeliruan akidah yang amat bahaya. Menyamakan sifat kenabian dengan gangguan perkembangan neurologi adalah bentuk penghinaan yang boleh menjerumuskan seseorang ke lembah kesesatan dan kekufuran jika tidak segera bertaubat.
Islam mengajar bahawa Nabi Muhammad SAW adalah insan pilihan Allah yang sempurna akhlaknya dan maksum daripada sebarang kecacatan akal atau rohani. Firman Allah SWT dalam Surah al-Qalam, ayat 4, maksudnya:
“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung dan sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang amat mulia.”
Ayat ini menegaskan bahawa Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak terpuji dan luhur yang merupakan cerminan langsung dari ajaran al-Quran itu sendiri.
Perbandingan ini bukan sahaja memperlekeh kemuliaan Rasulullah SAW, malah turut menghina komuniti autisme yang tidak bersalah, menjadikan mereka bahan analogi yang salah dalam hujah yang sesat. Ia memperlihatkan betapa pemikiran liberal dan sekular ekstrem telah menular sehingga berani merendahkan martabat Nabi SAW atas nama “analisis psikologi moden”.
Kita perlu sedar bahawa kebebasan bersuara tidak bermakna kebebasan menghina agama. Ucapan seperti ini merupakan manifestasi kesesatan akidah dan kekeringan iman, yang hanya dapat dipulihkan dengan ilmu, taubat dan kesedaran tentang kedudukan Rasulullah SAW sebagai rahmat seluruh alam.
Justeru itu, sebagai umat Islam, tanggungjawab kita bukan sekadar membantah tindakan tersebut, tetapi juga mendidik masyarakat agar memahami batas dalam berbicara tentang agama dan kenabian. Kejahilan moden yang disalut dengan retorik ‘intelektual’ seperti ini perlu dibendung sebelum menjadi wabak pemikiran yang menggugat akidah umat.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia –OKT 2025
Pegawai PMX sampai pegawai menteri la dok berlumba buat baik dengan puak musuh politik kununya nak berjaya tarik depa sokong PMX...sekali puak tu kata....saya berterima kasih kepada PMX kepuasan depa sangat menginzalkan...kiranya depa berjaya tak sangga. #FREE4PLASTICINE
ReplyDelete