PUNCA UTAMA SYIAH SESAT DAN DIFATWA HARAM DIAMALKAN


Di Malaysia, ajaran Syiah telah difatwakan sebagai sesat dan sesiapa yang berpegang dengan ideologinya adalah diharamkan untuk diamal dan disebarkan kerana fahaman dan ajaran ini adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara sebab utama Syiah itu tersesat dari ajaran Islam sebenar adalah seperti berikut:

1. Rukun Iman
Syiah hanya memiliki lima rukun iman – tanpa menyebut keimanan kepada para Malaikat, Rasul, Qadha dan Qadar, iaitu:
i. Tauhid (Keesaan Allah)
ii. Al-‘Adl (Keadilan Allah)
iii. Nubuwah (Kenabian)
iv. Imamah (Kepimpinan Imam)
v. Ma’ad (Hari kebangkitan dan pembalasan)

2. Rukun Islam
Syiah tidak mempunyai rukun mengucap dua kalimah syahadah dalam rukun Islamnya iaitu:
i. Solat
ii. Zakat
iii. Puasa
iv. Haji
v. Wilayah (perwalian)

3. Syiah meyakini bahawa al-Quran yang ada pada ketika ini (resam Uthmani) telah diubah, ditambah atau dikurangi dari yang seharusnya. Mereka berpegang kepada al-Quran Mushaf Fatimah. 
4. Syiah meyakini bahawa para sahabat sepeninggalan Nabi Muhammad SAW telah murtad kecuali beberapa orang sahaja seperti al-Miqdad, Abu Dzar dan Salman al-Farisy.
5. Syiah bersifat taqiyyah (berpura-pura) untuk mengelabui mata ASWJ.
6. Syiah percaya kepada al-Rajah iaitu kembalinya roh-roh ke jasadnya masing-masing di dunia ini sebelum kiamat di kala Imam Ghaib mereka keluar dari persembunyiannya dan menghidupkan Ali dan anak-anaknya untuk balas dengan kepada para musuhnya.

Justeru itu, umat Islam diseru supaya berhati-hati dengan ideologi Syiah yang cuba dihidupkan kembali di Malaysia. Jika tidak ditangani penularannya, dikhuatiri berlakunya kembali pertembungan berdarah golongan Sunni dan Syiah sebagaimana suatu ketika dahulu yang boleh memberi ancaman keselamatan pada negara. Oleh itu, pastikan sejarah tidak berulang, terus yakin berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka akidah yang kukuh boleh menepis segala anasir menyesatkan syariat.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Pahang


 

Comments