SKANDAL KINGDOMCITY!!! GEREJA HANNAH YEOH PRO ISRAEL

 


Kingdomcity adalah jaringan gereja Kristian yang berasal daripada Malaysia dan telah berkembang ke Asia Tenggara sehingga ke Australia dan beberapa rantau lain. Gereja ini diasaskan oleh Mark Varughese yang lahir di Singapura, membesar di Malaysia dan memegang kewarganegaraan Australia. Sebagai pemimpin pastor, beliau telah berjaya membuka sekurang-kurangnya tujuh cawangan utama Kingdomcity di Malaysia. 

Kontroversi dakyah kristianisasi Jemima Varughese!
 
Isu ini menjadi ‘panas’ apabila isterinya, Jemima Varughese, yang juga merupakan pengasas dan pemimpin utama Kingdomcity (senior leaders) telah menyampaikan dakyah kristianisasi di Kingdomcity Kuala Lumpur dengan cara yang ekstrem iaitu sambil mengacu-acukan pedang dengan cara yang agresif, berboxing, menendang-nendang kotak dan sebagainya. [https://www.tiktok.com/@azahar.bin.ahmad4/video/7560698660212804882?_r=1&_t=ZS-90X7NwXUAyt]

Siapakah Mark Varughese?

Rentetan itu, isu ini menjadi tambah hangat apabila Mark Varughese didakwa terlibat sebagai ‘Israel tour leader’ yang berpusat di Jurusalem dengan menggalas tugas sebagai tenaga pengajar dan ketua lawatan berkaitan lokasi-lokasi penting dalam Bible di Israel. Bukan itu sahaja, Mark Varughese turut memuatnaik gambar bendera Israel di Istagram miliknya dengan kenyataan:
“Berdoa untuk Israel dan kemusnahan yang berlaku kepada mereka tidak bersalah di kedua-dua belah pihak disebabkan keganasan secara terang-terangan dimulakan kumpulan pelampau Hamas. Menyayat hati dan jahat.”

Pihak gereja Kingdomcity telah memberi komen balas terhadap pendedahan mengenai hubungkait pengasasnya dengan negara haram Israel melalui komen Facebook Kingdomcity dengan kenyataan: “Kingdomcity’s recent call for public prayer for Israel was not a political statement, nor was it directed against any other faith or nation..Kingdomcity’s prayers is not an act of aggression..” 
Kenyataan ini secara jelas mengesahkan mereka mendoakan Israel. Mereka juga jelas menyalahkan Hamas sebagai punca pergolakan sedangkan Hamas merupakan parti yang menang pilihan raya Parlimen Palestin pada tahun 2006 dan Hamas adalah kerajaan sah atau ‘de facto’ di Gaza. Bukankah kenyataan ini bersifat politik dan bersifat permusuhan yang bias kepada Israel.   

Hubungan Kingdomcity dan Hannah Yeoh!

Hannah Yeoh antara orang terawal menyertai Kingdomcity yang diasaskan pada tahun 2016. Menurut Hannah dalam bukunya, ‘Becoming Hannah’, Mark Varughese memberikan nasihat kepadanya untuk keluar dari zon selesa dan bertanding kerusi Parlimen. Maka tidak hairanlah Hanna Yeoh pernah dijemput memberikan ceramah dan khutbah di Kingdomcity di Malaysia dan luar negara. 

Begitu banyak lagi penglibatan Hannah Yeoh dengan Kingdomcity sehingga gereja itu sendiri memuat naik video perjalanan Hannah Yeoh dalam politik. Persoalannya, apakah pendapat Hannah Yeoh terhadap kenyataan rakan atau pastor beliau ini yang menyokong Israel dan tidak selari dengan pendirian Kerajaan Perpaduan? Apakah pendirian beliau sama meskipun beliau sendiri berada dalam kabinet menteri?
[https://www.facebook.com/kingdomcity/videos/1622889431121515/]

Kesimpulan

Perlu diketahui bahawa konflik Israel-Palestin bukan sekadar isu agama, tetapi penjajahan tanah dan pelanggaran undang-undang antarabangsa. Mengasingkan doa daripada konteks penjajahan menjadikan mesej itu naif dan menutup realiti sebenar. Adalah sangat pelik kenyataan gereja Kingdomcity ini kerana mendoakan keamanan tanpa mengakui bahawa satu pihak sedang menjajah dan membunuh orang awam bukan sesuatu yang normal, tetapi ia adalah bentuk normalisasi penindasan. Justeru itu, boleh disimpulkan bahawa dakyah Kingdomcity ini adalah bahaya dan bersifat ekstremis yang boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara jika mereka terus berpendirian tegas menyokong keganasan dan ‘genocide’ Israel. Bubar. 

Sumber: Facebook Che Gu Bard, Facebook CREED Studio, Instagram firdauswong dan The Merdeka Times


Comments