SYIAH BAKAL MENGUASAI ISLAM JIKA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK BERSATU MENCEGAH PENULARAN KESESATANNYA
Umum sedia maklum bahawa fahaman Syiah adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Namun begitu, Syiah tetap menjadi antara satu ajaran yang memiliki jumlah pengikut terbesar selepas Ahli Sunnah Wal Jamaah meskipun jelas ia banyak menyimpang dan sama sekali bukanlah sebahagian daripada mazhab yang empat.
Menyoroti sejarah tentang Syiah, ia lahir daripada rasa ketidakpuasan sebahagian umat Islam dengan kepimpinan selepas kewafatan Rasulullah SAW. Golongan itu mendakwa kepimpinan berkenaan bukanlah milik Saidina Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman Affan RA, tetapi ia dipegang keturunan Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Ali bin Abi Talib RA. Pada hemat mereka, Ali lebih layak jika dibandingkan dengan sahabat nabi yang lainnya.
Sesungguhnya, ajaran dan fahaman Syiah sangat bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Malah ia menjadi suatu ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara. Ini kerana penyelewengan yang berlaku dalam ajaran Syiah bukan hanya melibatkan akidah sahaja, tetapi meliputi sudut syariat dan beberapa penyelewengan lain yang bersifat umum.
Oleh sebab itu, fatwa telah menetapkan bahawa mana-mana orang Islam adalah dilarang berpegang kepada ajaran Syiah kerana bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru itu, ianya perlu disekat sepenuhnya bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan yang lebih besar pada akidah dan negara. Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah SWT daripada kesesatan dan kebatilan ajaran Syiah.
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
Comments
Post a Comment