TELADANI KEBERANIAN SADIQ KHAN TEPIS ANCAMAN ISLAMOFOBIA TRUMP


Islamofobia semakin tersebar luas di peringkat global lebih-lebih lagi di negara Eropah hasil daripada propaganda Barat yang cuba mendoktrin sentimen negatif dan bertindak subversif terhadap umat Islam. Umpamanya, pemimpin dunia Barat seperti Donald Trump tanpa selindung menunjukkan reaksi dan tindakan sindrom Islamofobia di khalayak ramai termasuk dalam ucapan di upacara-upacara rasmi. Beliau bahkan dengan egonya menempelak pemimpin Islam beserta pelbagai lemparan persepsi buruk dan ancaman terhadap agama dan umat Islam.

Hal ini menjadi semakin panas tatkala Trump telah menggunakan pentas PBB untuk menghentam Datuk Bandar London iaitu Sadiq Khan. Beliau adalah Datuk Bandar London pertama yang beragama Islamdan hebatnya beliau kerana telah mengalahkan calon konservatif yang rapat dengan David Cameron (Presiden Amerika ketika itu). Sebagai makluman, jawatan Datuk Bandar London ini tidak sama dengan datuk bandar lain, tetapi jawatan ini merujuk kepada jawatan politik tertinggi di seluruh London dan khas untuk ‘Greater London Authority’ (GLA). Sesuai dengan kuasanya, GLA mempunyai kuasa lebih besar berbanding datuk bandar yang lain dan menguruskan portfolio-portfolio penting seperti pengangkutan, perumahan, polis metropolitan, ekonomi dan juga alam sekitar.  

Rentetan kecaman Trump tersebut,  Sadiq Khan dengan beraninya membalas semula ‘buah keras’ yang diberi Trump apabila Trump mengumumkan untuk menutup pintu masuk negaranya dari imigran atau pelancong yang beragama Islam. Sadiq dengan tegasnya membantah idea tersebut dan menyatakan bahawa Trump tidak sesuai untuk menjadi pemimpin kerana selalu memainkan sentimen rasisme takut kepada orang Islam. Semenjak itu Trump semakin ‘berlaga angin’ dengan Sadiq dan terus dengan sentimen Islamofobianya dan menghasut masyarakat dunia dengan ideologi rasisme nya. 

Kesimpulannya, keberanian dan ketegasan Sadiq Khan dalam mempertahankan Islam seharusnya dicontohi oleh pemimpin Islam yang lain. Kekasaran, fitnah dan ancaman yang diterima perlu ditangani dengan penuh hikmah dan tegas supaya kesan yang mendatang dalam impak yang minima tetapi penuh berkesan. Dengan cara ini, pudarnya sentimen Islamofobia dan dunia akan mengenali sejahteranya agama Islam.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – OKT 2025 dan tiktok.com/@nazrihamdan


 

Comments