25 ajaran sesat masih aktif di Malaysia dan ini bukan isu kecil. Menurut pihak berkuasa agama, banyak kumpulan yang telah diwartakan sesat masih bergerak secara senyap, menukar lokasi, atau beroperasi melalui kelas tertutup. Bahkan, PDRM juga sudah membuat puluhan tangkapan tahun ini berkaitan ajaran menyeleweng.
Ajaran sesat selalunya bermula dengan janji manis: penyembuhan ajaib, ilmu rahsia, atau pemimpin yang kononnya “mendapat wahyu”. Lama-kelamaan, pengikut mula bergantung sepenuhnya pada ketua dan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.
Kenapa kita kena waspada?
Sebab ajaran sesat boleh:
i. Merosakkan akidah tanpa sedar
ii. Memecahbelahkan keluarga & komuniti
iii. Mengundang penipuan kewangan atau kawalan mental
iv. Mengancam keselamatan jika ekstrem
Apa masyarakat patut buat?
i. Perkukuh ilmu asas agama
ii. Elakkan kelas atau kumpulan yang ajarannya tidak sahih
iii. Jangan taksub pada individu tertentu
iv. Laporkan kepada pihak berkuasa agama jika nampak aktiviti mencurigakan
Justeru itu, jaga akidah, jaga keluarga. Ajaran sesat tak akan berhenti mencari pengikut, jadi sentiasalah peka dan jangan mudah terpedaya.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Comments
Post a Comment