Ajaran sesat merujuk kepada sebarang bentuk ajaran, teori atau fahaman yang didapati bertentangan dengan ajaran Islam sebenar sebagaimana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu berlandaskan al-Quran, as-Sunnah. Sekali terjebak dengan ajaran sesat, boleh membawa implikasi yang serius.
Implikasi terhadap individu:
- Boleh menyebabkan murtad, syirik, membuang masa dengan aktiviti tidak sihat, pemikiran sempit dan keruntuhan akhlak.
Implikasi terhadap masyarakat:
- Mengancam kestabilan sosial, mencemarkan imej Islam dan boleh menyebabkan perpecahan serta konflik dalam komuniti.
Implikasi terhadap negara:
- Mengancam keselamatan dan kedaulatan negara jika ajarannya cenderung kepada ekstremisme atau keganasan.
Allah SWT telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 21, maksudnya:
“…dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)…”
Justeru itu, pihak berkuasa agama bertanggungjawab dalam memantau, menguatkuasakan undang-undang dan mengeluarkan fatwa berkaitan ajaran sesat. Selain umat Islam sendiri memantapkan pendidikan agama (akidah) di dalam diri, media juga turut perlu memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran umat Islam agar berwaspada terhadap penyebaran agama yang meragukan.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Comments
Post a Comment