ISRAEL ‘TERSAKITI’ DENGAN KEMENANGAN PEMIMPIN ISLAM PERTAMA DALAM PILIHAN RAYA DI NEW YORK


Bulan lepas, nama Sadiq Khan, Datuk Bandar London pertama beragama Islam mencuri sensasi apabila membalas ‘buah keras’ yang diberi Trump dengan membantah idea Trump untuk menutup pintu masuk negaranya dari imigran atau pelancong beragama Islam. Sadiq dengan tegas menyatakan bahawa Trump tidak sesuai untuk menjadi pemimpin kerana selalu memainkan sentimen rasisme takut kepada orang Islam.

Terkini, pada 5 NOV 2025, seorang lagi pemimpin Islam Barat, mencuri tumpuan mencatat sejarah apabila terpilih sebagai Datuk Bandar New York City. Kemenangan Zohran Mamdani, ahli politik muda progresif, telah menjadikannya sebagai Muslim pertama yang menerajui kota terbesar Amerika Syarikat.

Namun, kemenangannya tidak disenangi oleh Menteri Hal Ehwal Diaspora Israel, Amichai Chikli, dengan menuduh Mamdani sebagai antisemitisme (prasangka, kebencian atau diskriminasi terhadap orang Yahudi). Beliau juga menuduh Mamdani sebagai penyokong Hamas dan menyeru Yahudi New York untuk berhijrah dan menetap di Israel. Bahkan beliau menyifatkan kemenangan Mamdani sebagai ‘titik perubahan kritikal’ bagi New York apabila selama ini New York dikatakan sebagai kubu kuat komuniti Yahudi terbesar di luar Israel telah jatuh ke tangan orang Islam.
  
Sedangkan dalam kempen pilihan raya, Mamdani konsisten mengecam antisemitisme dan menyatakan sokongannya kepada komuniti Yahudi di New York. Beliau turut berikrar akan membina sebuah pentadbiran yang teguh bersama komuniti Yahudi New York dan tidak goyah dalam menentang penularan antisemistisme. Kemenangannya hasil dari sokongan pelbagai kelompok termasuk Yahudi yang menolak dasar kerajaan Netanhayu, khususnya sejak dua tahun perang di Genting Gaza menggambarkan bahawa kelompok Yahudi turut tidak menyokong genosid yang berlaku ke atas umat Islam.

Kesimpulannya, musuh Islam tidak pernah senang dengan kejayaan yang dirangkul orang Islam. Contohnya Chikli, meskipun beliau warganegara Israel tetapi tetap ‘menyibuk’ dengan kemenangan pemimpin Muslim di negara orang dengan memainkan sentimen agama. Bahkan dengan tidak malunya menyeru kaum Yahudi New York berhijrah ke negara yang tidak diiktiraf dunia, bukannya untuk meraikan atas dasar pentadbiran, tetapi memainkan sentimen agama. Asal Islam pasti di kondem.

Justeru itu, sebagai umat Islam, tetap teguh dengan pendirian sebagaimana ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Ingatlah bahawa musuh Islam tidak akan pernah berhenti ‘menyakiti’ kita, namun apabila akidah teguh, walau di mana pun kita berada, walau berada di lautan Yahudi, kita tetap menjalankan amanah, tetap menjalankan rutin harian tanpa membelakangkan syariat.

Sumber: Sinar Harian – 05& 06 NOV 2025


 

Comments