PERKEMBANGAN LIBERALISME ANCAMAN PADA AKIDAH UMAT ISLAM


Semakin hari umat Islam berhadapan dengan cabaran yang kian hebat termasuklah cabaran yang boleh menggugat akidah. Jika dahulu, masyarakat berhadapan dengan pengaruh fahaman seperti sekularisme, hedonisme, kapitalisme, kini fahaman liberalisme pula kerap diserapkan dalam masyarakat. 

Realiti ini bukan sahaja berupa cabaran kepada masyarakat tetapi juga menjadi ancaman kepada akidah dan pemikiran umat Islam. Pada masa yang sama, ia meletakkan umat Islam dalam situasi kritikal untuk mempertahankan Islam, diri, keluarga, bangsa dan negara daripada fahaman liberalisme tersebut memandangkan umat Islam di negara ini tidak terkecuali daripada berhadapan dengan ledakan globalisasi.

Senario perkembangan fahaman tersebut turut menyaksikan bagaimana musuh-musuh Islam merangka perancangan dan mengatur strategi secara licik termasuk memperguna golongan-golongan yang mempunyai kepentingan menjayakan agenda menundukkan Islam serta menguasai pegangan umatnya.

Justeru itu, adalah penting bagi umat Islam untuk peka pada perkembangan yang berlaku dan memahami setiap agenda yang dirancang musuh-musuh Islam. Realiti perkembangan liberalisme dalam kalangan umat Islam ini adalah ancaman yang perlu dibendung bersama oleh setiap lapisan masyarat Islam dan sama-sama memainkan peranan masing-masing dalam menjamin survival Islam dan umatnya serta memelihara kedaulatan negara.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Comments