AHLI PARLIMEN PREJUDIS AGAMA TERPENGARUH KULTUS SESAT KOREA SELATAN


Fenomena ajaran sesat di Malaysia semakin membimbangkan apabila ia bukan sahaja mengganggu-gugat akidah umat Islam, malah turut mengancam kestabilan sosial dan keselamatan negara. 

Sebagaimana kemasukan sebuah kultus atau kumpulan ajaran sesat dari Korea Selatan yang disahkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri pada 13 DIS 2025 yang lalu, didapati bergerak aktif menyebarkan ideologinya di negara ini. Penemuan pembabitan Ahli Parlimen beragama Islam dan individu penting dalam membantu gerakan kultus tersebut memberi gambaran bahawa mereka cuba mencari orang yang berpengaruh dalam politik negara sebagai ‘tulang belakang’ menyokong pergerakan dan ideologi radikal tersebut.

Justeru itu, pihak berwajib perlulah mengambil langkah yang perlu bagi mengelakkan ianya lebih parah pada masa hadapan. Bukan sahaja akidah umat terancam, malah ianya boleh menggugat kedaulatan negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Jadikan peristiwa perampasan kedaulatan Islam sebagaimana berlaku di Palestin, Sudan dan negara-negara Islamlain oleh kelompok Kristian sebagai pengajaran supaya ianya tidak berlaku di negara kita. 

Pada masa yang sama, ahli politik beragama Islam yang terlibat perlulah disiasat dan diambil tindakan sewajarnya kerana tindakannya boleh memberi ancaman pada agama, sosial dan keselamatan negara. Sebagai ‘public figure’, seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik dengan berpegang teguh pada agama Islam, mengajak masyarakat sama-sama berpaksikan pada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukannya memprejudis agama demi kepentingan sendiri.

Sumber: Harian Metro – 13 DIS 2025

Comments