AMALAN BULAN REJAB YANG SANGAT DIGALAKKAN DALAM ISLAM

Walaupun tarikh 1 Rejab telah berlalu, namun masih berbaki lagi 27 hari lagi untuk kita lalui. Ini bukan bermakna kita tidak boleh melakukan amalan yang digalakkan sepanjang bulan Rejab. Bulan Rejab adalah salah satu bulan haram dalam Islam dan bulan yang mulia. Amalan baik dilakukan pada bulan ini akan diberi ganjaran lebih besar berbanding bulan-bulan lain.

Berikut antara amalan bulan Rejab yang boleh kita amalkan:

1) Berzikir dan beristighfar. Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari awal Rejab hingga 10 Rejab:

سُبْحَانَ الْحَيِّ الْقَيُّوْم

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 11 Rejab hingga 20 Rejab:

سُبْحَانَ اللَّهِ الْأَحَدُ الصَّمَدِ

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 21 Rejab hingga 30 Rejab:

سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُوْفِ

2) Bersedekah. Perbuatan bersedekah sememangnya disukai oleh Allah SWT kerana ia merupakan perbuatan baik yang mampu memberi mafaat kepada orang lain. Amalan ini bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Rejab tetapi bila-bila masa sahaja.

3) Selawat ke atas Nabi. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW merupakan satu amalan bulan Rejab yang dianjurkan. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim).

4) Membaca al - Quran. Umum mengetahui, membaca al-Quran adalah satu amalan baik untuk dilakukan. Banyakkan membaca ayat suci al-Quran agar hati kekal tenang dan diberi keberkatan oleh Allah SWT.

5) Bertaubat dan berdoa. Bacaan doa ini boleh dibaca sepanjang bulan Rejab:

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

Anda juga digalakkan untuk melakukan solat taubat pada bila-bila masa dan bulan Rejab adalah waktu terbaik untuk memohon keampunan kepada Allah SWT.

6) Berpuasa sunat. Berpuasa sunat pada bulan Rejab akan diganjari dengan pahala yang lebih banyak serta dosa yang dilakukan pada bulan tersebut dibalas dengan balasan yang lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

7) Solat Sunat. Selain menunaikan solat fardu lima waktu, anda juga digalakkan untuk memperbanyakkan solat sunat.

Tidak kira di dalam bulan haram atau bukan, amalan ini sangat digalakkan dalam meraih keberkatan dan keredhaan Allah SWT di dalam hidup kita. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk meraih ganjaran Allah SWT.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)


 

Comments