ANCAMAN DADAH KIAN MENGGANAS!!! SEMPADAN DICEROBOH, NEGARA TERANCAM


Di Malaysia, penyeludupan, pengedaran, penyalahgunaan dan penagihan dadah telah menjadi satu isu besar yang memberikan ancaman kepada keselamatan negara. Malaysia adalah antara negara yang mempunyai sejarah lampau berkenaan dadah dan atas sebab itu telah mengambil inisiatif dengan mengisytiharkan dadah sebagai ancaman keselamatan negara.

Ancaman dadah di Malaysia antaranya dipengaruhi oleh negara jiran. Malaysia yang berjiran dengan Indonesia, Thailand dan Singapura secara tidak langsung akan terdedah kepada ancaman keselamatan jika negara-negara jiran tidak dapat mengawal secara maksima aktiviti dadah di negara masing-masing. Kesannya, Malaysia berpotensi terdedah menjadi destinasi pengumpulan atau transit dadah sebelum di eksport ke negara-negara Asia lain dan Eropah.

Bukti ancaman dadah tidak pernah terhapus adalah berdasarkan tangkapan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) pada 9 DIS 2025 lalu terhadap kumpulan penyeludup dadah di Kuala Nerang, Kedah. Anggota TDM berjaya menyekat penyeludupan dadah dari negara jiran yang dianggarkan bernilai RM10.9 juta. Komoditi yang berjaya dirampas termasuklah bungkusan berisi ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah jenis ‘methamphetamine’ sebanyak 331 bungkus dengan berat satu kilogram, bernilai RM33, 000 bagi setiap paket. 

Jumlah terbesar rampasan barangan seludup sepanjang tahun ini menunjukkan bahwa kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah mengalami peningkatan yang ketara dari hari ke hari. Kejayaan sindiket penyeludupan menembusi sempadan menimbulkan persoalan terhadap integriti sempadan negara Malaysia. Kemasukannya secara haram ke dalam negara ini turut disifatkan sebagai membelakangi kredibiliti negara dengan menunjukkan bahawa sempadannya tidak dapat dikawal dengan efektif.

Justeru itu, pihak penguatkuasaan Malaysia diharap dapat meningkatkan pemantauan persepadanan negara disamping menjalinkan kerjasama dengan badan pembanterasan antarabangsa dalam mengekang aktiviti penyeludupan dadah, termasuk aspek pengurusan dan penguatkuasaan yang maksima bagi meminima ancaman keselamatan kepada negara. Sistem perundangan juga perlu diaplikasikan sewajarnya bagi mengekang kelompok penjenayah yang merosakkan negara. 

Sumber: Kosmo Online – 10 DIS 2025 dan Malaysian Journal of Society and Space – Universiti Kebangsaan Malaysia


 

Comments