ATOMY: AKTIF SEBAR KRISTIANISASI DI MALAYSIA


Atomy adalah syarikat yang diasaskan oleh seorang lelaki Korea Selatan bernama Han-Gill Park pada tahun 2009. Cara penjualannya menggunakan sistem Multilevel Marketing (MLM) dalam memperoleh keuntungan yang besar. Hasil keuntungan tersebut dijadikan dana kepada ‘Dreamy Foundation’, iaitu badan pertubuhan yang ditubuhkan sebagai ‘sayap’ untuk gerakan misioanari Kristianisasi dan ‘Dreamy School’ iaitu sekolah Kristian untuk melatih misionari Kristian.

Atomy berkembang dan bertapak di Malaysia sejak tahun 2017. Ia dimulakan dengan perjumpaan ‘Christian Revival Meeting Fellowship’ yang berteraskan kepercayaan agama Kristian melalui seorang pastor dari Korea Selatan, Pastor Sooil Kim. Jika dilihat kepada senarai sumbangan Atomy Global, dilihat banyak difokuskan kepada badan yang berkaitan agama Kristian. Contohnya, mereka mendakwa telah menyalurkan sebanyak 10 juta Won kepada kanak-kanak di Sudan Selatan dan membina sekolah di sana. Namun, jangan muda tertipu. majoriti Muslim berada di sebelah Sudan, namun di Sudan Selatan, 60.5 peratus adalah penganut Kristian, manakala Muslim hanyalah 6.2 peratus sahaja.

Hal ini menunjukkan bahawa isu gerakan Kristianisasi yang digerakkan oleh Atomy adalah jelas dan cuba diselindungi disebalik nama badan kebajikan. Mungkin inilah gerakan yang sedang dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri yang didakwa sebagai kultus sedang bergerak aktif menyebarkan Kristianisasi di Malaysia. Pada masa yang sama, mahkamah juga telah memutuskan Atomy Co Ltd Korea sememangnya melakukan aktiviti Kristianisasi setelah ianya dicabar oleh seorang pengasas NGO, Multiracial Reverted Muslims.  

Justeru itu, semua umat Islam yang bergelar Muslim perlulah mengambil cakna mengenai isu semasa sebegini lebih-lebih lagi berkait dengan akidah. Gerakan misionari sebegini yang berselindung di sebalik nama badan kebajikan ternyata mampu memberi ancaman kepada agama dan keharmonian negara jika terus berleluasa dan tidak disekat. Oleh sebab itu, setiap Muslim perlu ada ilmu untuk mencegahinya, modus operandi sahaja berbeza tetapi tujuannya tetap sama iaitu menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam. Berhati-hatilah.

Sumber: Research & Development of Multiracial Reverted Muslims

Comments