GAGASAN PEMIKIRAN TIDAK BERAGAMA: ANTARA IMAN DAN ATEIS

 


Penggunaan istilah pemikiran tidak beragama merupakan suatu istilah yang merujuk kepada satu gagasan pemikiran yang menolak agama sebagai tempat rujukan manusia. Malah gagasan pemikiran ini percaya hak asasi manusia yang sepatutnya melakarkan kehidupan mereka sekarang dan akan datang tanpa perlu campur tangan daripada agama dan undang-undang syariat.

Gagasan pemikiran ini juga tidak menerima nas al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan hakiki kepada permasalahan umat, malah meletakkan semuanya kepada manusia. Gagasan ini diperkenalkan oleh Rocco Caporale dan Antonio Grumelli melalui tulisan mereka yang bertajuk ‘The Culture of Unbelief’. Mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan, walau bagaimanapun mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menolak kewujudan Tuhan. Kepercayaan mereka seolah-olah berada antara iman dan ateis akibat keraguan yang timbul dalam diri.

Jelasnya, pemikiran ini muncul impak daripada pasca modenisasi dan globalisasi yang dibawa oleh Barat dalam dunia Islam melalui penjajahan, pendidikan dan media yang disalurkan melalui serangan pemikiran. Serangan pemikiran Barat kepada dunia Islam telah menular dan telah berjaya menguasai pemikiran masyarakat khususnya golongan belia iaitu peringkat umur yang mudah menerima unsur luar dan menerimanya tanpa tapisan bijaksana. Berhati-hatilah.

Sumber: Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari- Universit Kebangsaan Malaysia


Comments