Nicolas Kenn De Balinthazy atau dikenali sebagai Sneako, pernah dikenali sebagai seorang ‘streamer’ Amerika yang lantang mengkritik Islam. Kritikan beliau yang keras, sinis dan bertentangan dengan nilai keharmonian seolah-olah menggambarkan hatinya tertutup rapat daripada memahami agama Islam.
Namun, perjalanan hidup manusia tidak ada yang kekal, pandangan dahulunya dipenuhi prejudis mula berubah apabila beliau sendiri mendekati sumber ajaran Islam. Sneako mula membaca al-Quran, mencari jawapan kepada kekosongan jiwa dan akhirnya mengakui bahawa kitab itu memberi ketenangan yang tidak pernah ditemui sebelum ini.
Dari seorang pengkritik tegar kepada seorang yang akhirnya menerima Islam, kisah ini perlu diambil iktibar oleh masyarakat bahawa hidayah Allah SWT tidak mengenal masa, sejarah silam atau kerasnya hati seseorang. Ia hadir kepada sesiapa yang Allah kehendaki dan apabila cahaya itu menyapa, hati yang paling keras sekalipun mampu menjadi lembut.
Semoga kisah ini menjadi peringatan buat umum. Jangan cepat menghukum kerana hari ini seseorang mungkin menolak Islam, tetapi esok dia boleh menjadi hamba Allah SWT yang paling taat.
Sumber: Facebook Towards Understanding Islam
Comments
Post a Comment