ISRAEL & POLITIK PENGALIHAN: SEDARLAH APA SEBENARNYA BERLAKU

 

Israel cipta ketegangan serantau

Presiden sementara Syria mendedahkan bahawa Israel sengaja menyerang Syria dan mencetuskan huru-hara di rantau ini bukan sebab keselamatan, tetapi untuk mengalih perhatian dunia daripada kekejaman mereka di Gaza.

Israel perluas penguasaan tanah jajahan

Di sebalik alasan “pertahanan diri”, tindakan Israel dilihat sebagai strategi jangka panjang untuk meluaskan tanah jajahan dan melemahkan negara-negara di sekeliling Palestin.

Gaza terus dibunuh dalam senyap

Sementara dunia fokus pada konflik baru, rakyat Gaza masih menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai, kehilangan rumah, makanan, air dan keselamatan di tahap minima lebih-lebih lagi pada musim bencana ketika ini.

Propaganda dijadikan senjata

Serangan ke atas Syria dan negara jiran digunakan sebagai perang naratif untuk menjadikan Israel kelihatan seperti mangsa, sedangkan mereka pelaku utama keganasan.

Kenapa masyarakat perlu sedar?

Kerana bila dunia teralih tumpuan, Israel bebas meneruskan serangan ke atas Gaza dan Tebing Barat, rampasan tanah, pengusiran rakyat Palestin dan menjalankan operasi ketenteraan tanpa had.


Justeru itu, tugas kita sebagai umat se- agama dan atas ihsan sesama manusia, ambillah inisiatif untuk terus menyebarkan maklumat benar, menolak propaganda perang dan menyokong bantuan kemanusiaan. Genosid tetap genosid, walau cuba dialihkan dengan konflik lain, jangan terpedaya dengan manipulasi Israel.

Sumber: Astro Awani - 7 DIS 2025


Comments