LIBERALISME & NORMALISASI SONGSANG: ISYARAT BAHAYA UNTUK MALAYSIA

 


Serbuan terbaru di sebuah spa songsang di Chow Kit yang menahan 201 individu termasuk 17 penjawat awam menunjukkan bagaimana budaya liberal yang semakin normal dalam masyarakat membuka ruang kepada gaya hidup luar norma berkembang tanpa segan. 

Pemikiran liberalisme yang mengangkat kebebasan peribadi tanpa batas  menjadikan perbuatan songsang lebih mudah diterima, sekaligus menghakis sensitiviti moral dan agama. 

JAKIM dan JAWI sebelum ini juga menegaskan komitmen mereka melalui pengumuman Ops Songsang, sebagai peringatan bahawa nilai masyarakat tidak boleh tunduk kepada tekanan normalisasi gaya hidup bebas. 

Kes ini membuktikan bahawa apabila ideologi liberal tidak dikawal, ia mampu menormalisasi maksiat secara terbuka, menggoyahkan akidah dan merosakkan struktur sosial negara.

Sumber: JAKIM, 29 NOV 2025


Comments