Senario politik tanah air memperlihatkan terdapatnya usaha dan perancangan halus sedang dirangka untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara liberal republikan. Perancangan tersebut bukan sahaja melibatkan pihak yang kurang bertanggungjawab dalam negara, tetapi juga campur tangan daripada kuasa-kuasa asing yang mempunyai agenda tersendiri.
Hal ini diperakui oleh Dr. Rosman Ibrahim yang merupakan bekas aktivis liberal republikan dan akhirnya meninggalkan perjuangan sia-sia tersebut disebabkan perasaan cinta beliau terhadap agama, bangsa dan negara.
Menceritakan pengalamannya semasa berfikiran liberal, perkembangan politik tanah air telah mendorong beliau meneliti perjalanan sejarah serta fahaman liberalisme di Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Holland dan negara-negara barat yang lain. Karya-karya aliran liberalisme dikaji sehingga fikirannya terdoktrin dengan satu prinsip iaitu seseorang individu boleh membina kehidupan yang tinggi dengan nilai-nilai moral dan keutuhan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara.
Berdasarkan prinsip tersebut, beliau menyimpulkan bahawa dalam beberapa aspek, Malaysia juga terkena tempias sistem ala-feudal serta amalan kronisme dan monopoli yang menyumbang kepada jurang kapitalisme, jenayah rasuah dan kualiti pembangunan turut terjejas. Perkara ini sudah pun terjadi kini dan seolah-olah telah menjadi normalisasi dalam industri yang sentiasa bergantung kepada ‘cable’ untuk meraih kejayaan atau menguasai sesuatu pentadbiran.
Justeru itu, ambil iktibar dari kisah Dr. Rosman. Melalui kisahnya dapat digambarkan bahawa sedang berlakunya satu gerakan liberalisme republikan yang cuba membuat evolusi baharu dalam politik negara yang akhirnya jika tidak dibendung, sudah pasti agama Islam diketepikan, kuasa Raja-Raja Melayu semakin dipandang sepi. Hal ini adalah ancaman serius yang perlu dibendung segera.
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Comments
Post a Comment