Musuh-musuh Islam sentiasa tidak pernah rasa erti penat untuk menjatuhkan umat Islam. Modus operandi berbeza-berbeza untuk mengelirukan dan memanipulasikan khususnya umat Islam yang lemah akidahnya.
Contohnya, modus operandi yang digunakan kelompok Church of Jesus Christ of Latter-day Saints (LDS) atau dilabel sebagai Mormon [https://alhaqcentremalaysia.com/?p=9162]. LDS yang sangat aktif menyebarkan dakyah di Malaysia dan sudah memiliki banyak pusat keagamaan serta bahan terjemahan dalam Bahasa Melayu, turut menjalankan kegiatan ‘Multi-Level Marketing (MLM).
Konsep MLM atau lebih terkenal dengan panggilan skim cepat kaya terbukti mampu mengaburi sesiapa sahaja yang sedang mengalami krisis kewangan yang lemah imannya. Modus operandi sebegini adalah strategi bijak LDS untuk menarik minat golongan sasaran yang beragama selain Kristian untuk menyertainya kumpulannya atas dasar ‘perniagaan’ pada asalnya, namun tanpa sedar mereka sebenarnya telah menyumbang kepada ekonomi LDS yang menjadikan produk MLM mereka sebagai salah satu sumber ekonomi bagi gerakan ini.
Apabila duit menjadi keutamaan dan mengejar kekayaan tanpa batas, dikhuatiri tergadai akidah kerana terhutang budi.
Justeru itu, salah satu tanggungjawab kita sebagai Muslim adalah perlu memperkasakan dakwah, pelbagaikan metod dakwah. Jangan cepat melenting apabila orang lain rajin berdakyah, tetapi kita tidak rajin berdakwah. Sedangkan hakikat sebagai seorang Muslim adalah menyampaikan Islam walau ‘satu ayat’.
Sumber: Ahmad Iqram Mohamad Noor

Comments
Post a Comment