Keamanan menjadi aset berharga bagi Malaysia dan telah diiktiraf sebagai salah satu negara paling selamat serta aman di dunia. Kestabilan politik yang berterusan sejak kemerdekaan pada tahun 1957 dan sistem demokrasi parlimen dan raja berperlembagaan memainkan peranan penting dalam memastikan peralihan kuasa yang aman dan konsisten.
Kepelbagaian etnik dan budaya membuktikan bahawa rakyat Malaysia berjaya mempromosikan keharmonian sejak sekian lama. Masyarakat yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan etnik lain hidup bersama dengan toleransi dan saling menghormati serta sambutan perayaan semua kaum mencerminkan perpaduan di negara ini.
Bagi mengekalkan momentum tersebut, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik mempunyai tanggungjawab mendesak untuk memastikan keharmonian kaum dan agama di negara ini, serta menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keamanan dan perpaduan antara komuniti berbeza.
Justeru itu, diharapkan rakyat Malaysia dapat melangkah ke tahun baru 2026 dengan azam dan keyakinan, menghayati semangat kerjasama, persefahaman dan kepelbagaian yang menjadi ciri negara ini. Pada masa yang sama, semoga tahun baru ini membawa keamanan, keberkatan dan kemajuan kepada semua. Selamat Tahun Baru 2026.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara dan Berita Harian – 16 DIS 2025

Comments
Post a Comment