Pangkalan rahsia Israel-AS di Asia Barat berfungsi sebagai pusat koordinasi antara tentera AS, pegawai PBB dan wakil negara Eropah bagi menyelaras penghantaran bantuan, keselamatan laluan dan pemantauan gencatan senjata.
Namun, disebabkan kebimbangan terhadap tekanan antarabangsa yang boleh mengehadkan operasi ketenteraan di Gaza serta ketidakpercayaan terhadap beberapa pegawai antarabangsa yang dilihat bersimpati terhadap penduduk Palestin, agensi perisikan Israel didakwa telah bertindak memasang peralatan pemantau di kawasan pangkalan, termasuk peranti pengintipan elektronik dan pemintas komunikasi terhadap pegawai kanan AS, wakil kesatuan Eropah dan pegawai PBB yang terlibat dalam rundingan bantuan dan keselamatan.
Hal ini telah menimbulkan amarah dari pihak AS dan menyifatkan tindakan tersebut terhadap sekutu rapat tidak boleh diterima dan boleh menjejaskan hubungan strategik antara Washington dan Tel Aviv ketika mana AS memainkan peranan penting menyokong Israel dari segi ketenteraan dan diplomatik.
Apa yang boleh disimpulkan adalah tekanan yang diberikan di peringkat antarabangsa kepada Israel untuk menghentikan genosid di Gaza, serta sokongan dan bantuan secara berterusan telah menyebabkan mereka tertekan sehingga menimbulkan syak wasangka kepada rakan sekutu rapat sendiri kerana takut dikhianati.
Justeru itu, umat Islam teruskan berjuang untuk Gaza. Jangan pernah berhenti berjuang dengan apa cara sekalipun, kerana usaha kita yang sedikit ini pun telah menggentarkan Israel yang acah kuat. Konsistensi perjuangan pasti membuahkan hasil kebahagiaan dan kemerdekaan saudara kita di Gaza suatu hari nanti.
Sumber: Astro Awani – DIS 2025

Comments
Post a Comment