Sindiket ‘fly’ adalah sindiket penipuan cop keluar masuk pekerja asing tanpa memerlukan kehadiran warga asing secara fizikal. Isu yang melibatkan keluar masuk imigran berstatus awam dari persepadanan negara pun telah menimbulkan pelbagai persepsi terhadap ketelusan kawalan di sempadan negara, inikan pula yang melibatkan imigran berstatus tentera pasti menimbulkan risiko yang lebih terhadap ancaman keselamatan negara.
Hal ini adalah susulan dari kes dua aggota tentera Serbia yang telah ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di KLIA pada 12 Disember lalu selepas disyaki masuk ke Malaysia secara tidak teratur atau sindiket ‘fly’.
Statusnya sebagai tentera dan penetapan mereka di dalam negara yang melebihi tempoh masa, membangkitkan kebimbangan berhubung:
i. niat mereka ke Malaysia,
ii. siapakah pegawai yang membantu kemasukan mereka?
Nyatanya, kes ini menggambarkan bahawa keselamatan dan integriti sempadan negara ‘bocor’ dan tindakan tersebut telah mencetuskan ancaman bahaya pada keselamatan negara.
Lihat sahaja contoh di Turki dan Syria, kelemahan dalam kawalan sempadan di kedua-dua negara itu telah memudahkan pergerakan kumpulan pengganas Islamic State (IS) bagi menjalankan aktiviti keganasan mereka di Timur Tengah serta di pelbagai negara lain. Kesannya, wujud krisis pelarian, bahkan perang terhadap keganasan masih belum menemui titik noktah.
Sudah jelas bahawa isu keselamatan sempadan bukanlah suatu isu yang remeh, malah selain merencatkan kesejahteraan persekitaran sosial, ia mampu mempengaruhi corak politik dan pentadbiran sesebuah negara. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara terpelihara. Pada masa yang sama, AKPS turut menyatakan bahawa mereka memerlukan kepakaran, pengalaman serta tenaga kerja daripada PDRM bagi berganding bahu memerangi dan melumpuhkan aktiviti penyeludupan dan pengurusan risiko keselamatan di sempadan.
Sumber: Malaysia Kini – 16 DIS 2025 dan buletintv3.my – 18 DIS 2025

Comments
Post a Comment