Malaysia adalah negara yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Pada masa yang sama, umat Islam di negara ini turut maklum bahawa berpegang kepada aliran lain seperti Syiah dan mana-mana ajaran atau amalan agama yang dilihat bertentangan dengan ASWJ juga akan dianggap sebagai suatu kesalahan.
Namun, Revolusi Iran pimpinan Khomeini yang tercetus pada 1979 dilihat mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia pada peringkat awal kemasukan Syiah. Isu penubuhan negara Islam yang ideal dan keadilan sosial yang diperjuangkan Khomeini telah mengelabui mata sebahagian umat Islam di negara ini daripada melihat latar belakang agama sebenar yang menjadi anutan Khomeini dan Iran. Akhirnya perkembangan pengaruh ajaran Syiah di Malaysia telah memberi implikasi buruk terhadap kesucian ajaran ASWJ sehingga kini.
Strategi melawan propaganda Syiah
1. Fatwa pengharaman Syiah
- ajaran yang bercanggah dengan fahaman dan amalan ASWJ adalah dilarang dan disekat
2. Peruntukan undang-undang
- boleh diambil tindakan kerana dianggap melakukan kesalahan jenayah syariah
3. Media sosial
- membuat perancangan strategik terhadap ancaman Syiah melalui media siber
4. Ceramah umum
- perbanyakkan program untuk memberi pemahaman kepada masyarakat
5. Jaringan kerjasama
- kerjasama kerajaan, swasta dan individu (expertise) bagi memperluaskan dapatan data berkaitan Syiah
6. Kajian
- bagi mengenal pasti senario sebenar ancaman Syiah terkini sebelum menstrategi tindakan
7. Penerbitan
- perbanyakkan penulisan, risalah, artikel untuk kesedaran awam terhadap ancaman Syiah
8. Pemantauan
- bagi mengkaji jaringan Syiah atau sisa-sisa kelompok yang masih berideologi Syiah
Perlu difahami bahawa perkembangan Syiah boleh menimbulkan konflik di Malaysia. Sejarah telah membuktikan bahanya ancaman Syiah bukan sahaja pada akidah umat Islam, malah pada keselamatan negara. Justeru itu, penerapan akidah dalam masyarakat perlu diperkukuhkan dan aplikasikan strategi melawan propaganda Syiah seperti disenaraikan di atas bagi menjamin kelangsungan umat Islam di Malaysia.
Sumber: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan – Kolej Universiti Islam Selangor

Comments
Post a Comment