BAHASA MELAYU TERAS IDENTITI RAKYAT MALAYSIA


Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda Malaysia. Ia bukan sekadar alat komunikasi, tetapi asas identiti, perpaduan dan kedaulatan negara. Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim jelas, “Sesiapa yang memilih untuk tinggal di Malaysia wajib menerima dan menghormati Bahasa Melayu”.

Hari ini, wujud trend mengutamakan Bahasa Inggeris hingga meminggirkan bahasa kebangsaan. Tidak salah menguasai bahasa asing untuk keperluan global, tetapi menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama sambil menolak Bahasa Melayu adalah satu kekeliruan identiti.

Lihat Indonesia, pelbagai kaum, budaya dan bahasa, namun semua bersatu atas satu identiti: Bangsa Indonesia, dengan bahasa kebangsaan sebagai asas. Malaysia juga mampu bersatu jika Bahasa Melayu dimartabatkan dan digunakan dengan bangga.

Menguasai Bahasa Melayu bukan soal kaum, tetapi soal jati diri, kesetiaan dan hormat kepada negara. Jika mengaku rakyat Malaysia, Bahasa Melayu sepatutnya difahami, ditutur dan dihormati.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JAN 2026 dan MStar- 19 JAN 2026


 

Comments