ISLAMOFOBIA: BUKTI KEGANASAN TERHADAP UMAT ISLAM

 


Islamofobia bukan lagi sekadar persepsi atau sentimen kebencian di media sosial, sebaliknya telah berkembang menjadi ancaman keselamatan yang nyata terhadap umat Islam. Sikap takut, prejudis dan kebencian melampau terhadap Islam kini dizahirkan melalui ugutan, vandalisme, terorisme serta serangan ke atas institusi agama, khususnya masjid.

Baru-baru ini, satu insiden yang menggambarkan tindakan Islamofobia  apabila sebuah masjid terbesar di Australia, Lakemba Mosque, menerima surat ugutan untuk membunuh umat Islam menjelang Ramadan, lengkap dengan mesej kebencian dan simbol yang menghina agama (lukisan seekor babi).

Lebih membimbangkan, masjid yang sama dilaporkan pernah menjadi sasaran insiden ancaman dan gangguan sebelum ini (pembunuhan beramai-beramai di Christchurch), membuktikan bahawa institusi ibadah umat Islam semakin terdedah kepada tindakan berunsur ekstremisme, terorisme dan Islamofobia berulang.

Kejadian ini menunjukkan bahawa Islamofobia bukan isu terpencil, malah merupakan fenomena global yang mengancam keharmonian masyarakat berbilang agama. Jika tidak ditangani secara serius, kebencian berasaskan agama boleh mencetuskan konflik dan keganasan. 

Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yg hidup dalam masyarakat majmuk, perlu cakna isu ini. Semua pihak perlu menolak naratif kebencian, memperkukuh toleransi antara agama serta mempertahankan keamanan dan keharmonian sejagat. Islam bukanlah agama keganasan, tetapi agama yang membawa rahmat pada sekalian manusia. 

Sumber: Sinar Harian - 20 FEB 2026


Comments