LGBT SEMAKIN BERLELUASA: CABARAN KEPADA AKIDAH AKIBAT PENGARUH LIBERALISME


Isu LGBT semakin ketara di Malaysia apabila tular beberapa kes yang mencetuskan kontroversi, termasuk kes seorang individu transgender didakwa di Mahkamah Syariah Kelantan kerana menukar jantina serta siasatan polis terhadap penganjuran program berkaitan LGBT (Pride Care) yang dianggap melampaui sensitiviti agama dan norma masyarakat. 

Bukan itu sahaja, malah kini turut wujud kes pasangan gay mengambil anak angkat lalu didaftarkan sebagai ibu bapa pada anak angkat tersebut. Kes-kes ini menunjukkan wujud usaha menormalisasikan pemikiran liberal iaitu gaya hidup LGBT secara terbuka di ruang awam.

Dari sudut Islam, pemikiran liberal LGBT jelas bercanggah dengan fitrah kejadian manusia dan hukum syarak. Al-Quran telah mengingatkan sekalian manusia melalui kisah kaum Nabi Lut bahawa hubungan sejenis merupakan perbuatan yang dimurkai Allah SWT kerana merosakkan akhlak, institusi keluarga dan keseimbangan sosial. Islam hanya mengiktiraf hubungan antara lelaki dan perempuan melalui perkahwinan yang sah sebagai asas pembentukan masyarakat yang sejahtera.

Jika fahaman liberal ini terus dibiarkan berkembang, ia boleh mengelirukan generasi muda, menghakis pegangan akidah, mengancam keharmonian masyarakat majmuk serta mengganggu struktur institusi kekeluargaan. 

Kesimpulannya, peningkatan kes-kes berunsurkan fahaman liberal khususnya berkaitan LGBT bukan sekadar isu peribadi, tetapi isu keselamatan sosial dan agama yang perlu ditangani melalui pendidikan, dakwah serta penguatkuasaan undang-undang secara berhemah dan berterusan.

Sumber: Utusan Malaysia - 5 FEB 2026 dan MStar - 8 FEB 2026


 

Comments