BILA AKAL MELEBIHI WAHYU: BAHAYA TAFSIR SONGSANG DEMI HALALKAN LGBT

 


Isu salah tafsir ayat al-Quran semakin membimbangkan dalam masyarakat hari ini. Ada pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan logik akal semata-mata untuk mentafsir ayat suci tanpa merujuk kepada ulama muktabar, disiplin ilmu tafsir dan konteks sebenar ayat. Lebih merisaukan, tafsiran ini kemudiannya disebarkan di media sosial sehingga mengelirukan orang awam.

Hal ini gempar apabila baru-baru ini golongan LGBT bertindak memasang sepanduk dan sewenang-wenangnya mentafsir ayat suci untuk menghalalkan perbuatan songsang. Mereka menggunakan logik akal dan emosi semata-mata, lalu memanipulasikan maksud sebenar ayat agar selari dengan agenda sendiri.

Inilah pendekatan golongan liberal yang suka memanipulasi ayat al-Quran dan menekankan kebebasan mutlak dalam berfikir termasuk dalam hal agama. Sedangkan dalam Islam, kebebasan berfikir tetap terikat dengan wahyu dan panduan syarak. Akal berfungsi untuk memahami, bukan mengatasi wahyu.

Jika dibiarkan, perkara ini boleh menggugat akidah umat Islam. Apa yang jelas dalam agama boleh jadi kabur hanya kerana tafsiran sesuka hati.

Jangan mudah terpengaruh dengan hujah yang nampak 'logik' tetapi sebenarnya menyeleweng daripada ajaran sebenar Islam.

Ingat, akal manusia terbatas, tetapi wahyu itu sempurna. Jangan sampai kita menggadaikan kebenaran hanya kerana mahu menyesuaikan agama dengan kehendak diri.

Sumber: Malaysia Kini - 12 Mac 2026


Comments