HINDUTVA: BAHAYA IDEOLOGI EKSTREMIS HASUT PERKAUMAN DI MALAYSIA

 


Hindutva adalah sebuah gerakan ekstremis-agama yang berasal dari India yang menjadikan identiti Hindu sebagai alat politik dan kuasa. Ia bukan ajaran agama semata-mata, tetapi fahaman ekstrem yang mengangkat kaum India dan agama Hindu lebih tinggi daripada yang lain.

Tanpa disedari, ideologi radikal ini mula menyusup ke Malaysia melalui media sosial dengan pelbagai naratif perkauman yang dikongsi secara bebas. Kandungannya disuntik dengan kebencian, teori konspirasi dan hasutan tentang ‘kesedaran identiti’ dan pemisahan antara kaum serta agama.

Lebih membimbangkan, ideologi ini cuba menghasut sentimen kaum India di Malaysia dengan meniup rasa tidak puas hati, memupuk mentaliti ‘kami lawan mereka’ dan menggambarkan kaum atau agama lain sebagai ancaman. Istilah-istilah konspirasi seperti ‘Love Jihad’ yang dibawa turut digunakan untuk memupuk ketakutan dan prasangka antara komuniti agama. 

Naratif yang digembar-gembur seperti ini amatlah bahaya kerana ia mengubah isu sosial menjadi isu perkauman, sekali gus boleh mencetuskan kebencian, ketegangan antara komuniti dan merosakkan hubungan harmoni yang telah lama dibina dalam masyarakat majmuk di Malaysia.  

Jika penularan ideologi ekstremis Hindutva ini tidak dibendung, ia boleh mengancam kestabilan sosial dan perpaduan nasional serta membuka ruang kepada keganasan dan konflik berasaskan agama serta kaum sebagaimana isu ‘kuil haram’. Ideologi seperti ini bertentangan dengan prisip Perlembagaan dan nilai saling menghormati yang menjadi asas negara.

Kesimpulannya, Hindutva bukan isu agama semata-mata, tetapi adalah kumpulan radikal dan ekstremis yang mengancam keharmonian dan keselamatan sosial negara jika ia tidak dibendung. Justeru itu, Masyarakat perlu lebih peka, menolak kandungan berunsur kebencian dan membezakan antara ajaran agama Hindu yang sebenar dengan ideologi politik ekstrem yang menunggang agama demi kepentingan tertentu.

Sumber: Facebook Ahmad Iqram Mohamad Noor


Comments