KONFLIK ASIA BARAT KHUATIR CETUS PEPERANGAN SUNNI-SYIAH?

 


Dalam konflik Asia Barat ketika ini yang melibatkan serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran, ramai melihat Iran sebagai antara negara yang berani menentang kuasa besar tersebut. 

Namun, Iran yang bukan sahaja menyerang Israel atau kepentingan AS, malah peluru berpandu dan dron turut dilancarkan ke kawasan Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS di negara Islam yang lain seperti Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan Bahrain telah menimbulkan persoalan besar iaitu:
Apakah konflik ini boleh bertukar menjadi pertelingkahan Sunnie-Syiah?

Sejarah menunjukkan bahawa hubungan antara Iran yang berfahaman Syiah dan beberapa negara Arab yang majoritinya Sunni sudah lama tegang kerana persaingan pengaruh politik dan ideologi di Timur Tengah.

Oleh sebab itu, umat Islam perlu melihat isu ini dengan hikmah dan penuh waspada. Menyokong perjuangan Iran menentang kezaliman yahudi dan zionis adalah satu perkara yang perlu kerana mereka mempunyai musuh yang sama dengan Islam, tetapi pada masa yang sama antara negara-negara Islam juga perlu menolak sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perpecahan dan peperangan sesama sendiri.

Jika umat Islam terus berpecah kerana konflik geopolitik, akhirnya yang untung bukan Islam tetapi pihak yang mahu melihat dunia Islam terus lemah. Bincangkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia -MAC 2026 dan Astro Awani – 24 MAC 2026


Comments