Tular baru-baru ini kes melibatkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di media sosial.
Lebih biadab, individu tersebut turut memuat naik kandungan memaparkan perbuatan memijak al-Quran, kitab suci umat Islam. Tindakan itu mencetuskan kemarahan masyarakat kerana jelas melampaui batas sensitiviti agama.
Susulan kejadian tersebut, pelajar berkenaan telah dikenakan tindakan tegas oleh pihak universiti sehingga dibuang dari pengajian, selain turut disiasat pihak berkuasa.
Kes ini membuktikan bahawa isu penghinaan agama dan 3R (agama, kaum dan raja) bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Kebebasan di media sosial bukan lesen untuk menghina kepercayaan orang lain.
Justeru itu, jadikan insiden ini sebagai pengajaran kepada semua. Jaga percakapan, hormati agama dan jangan sesekali mempermainkan perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat. Dalam soal hina agama, tiada kompromi.
Sumber: Pusat Komunikasi Korporat, Jabatan Canselori, UMPSA

Comments
Post a Comment