PENGARAH ANTI-KEGANASAN AS BANTAH PERANG: BUKTI TRUMP HANYA MENGGANAS TUNJUK KUASA BUKAN KEAMANAN

 


Bila pengarah pusat anti-keganasan Amerika sendiri letak jawatan sebab tidak menyokong perang terhadap Iran yang disifatkan tidak mempunyai ancaman segera kepada Amerika Syarikat, itu bukan perkara kecil. Malah, konflik itu dianggap hanya mengorbankan nyawa dan sumber tanpa manfaat jelas kepada rakyat.

Beliau merupakan individu yang terlibat dalam usaha memerangi keganasan, tetapi beliau sendiri menolak pendekatan 'perang' sebagai jalan penyelesaian, jadi kita perlu fikir.

Adakah ini benar-benar untuk keamanan atau sekadar kitaran keganasan yang diulang?

Realitinya, perang bukan satu-satunya jalan penyelesaian sesuatu konflik. Kadang-kadang, ia hanya mencipta lebih banyak musuh, lebih banyak kematian dan lebih banyak kebencian.

Keganasan tetap keganasan, walau datang dari siapa pun. Mangsa tetap orang awam yang tidak berdosa. Dunia tidak perlukan lebih banyak peluru. Dunia perlukan akal, diplomasi dan keadilan.

Justeru itu, jangan mudah percaya naratif yang 'menghalalkan' keganasan atas nama keselamatan.

Fikir. Nilai. Jangan ikut emosi semata-mata.

Sumber: Berita Harian - 18 MAC 2026


Comments