SOLAT SELUBUNG MUKA: AWAS AJARAN PELIK YANG BOLEH MENYESATKAN AKIDAH

 


Tular klip video menunjukkan sekumpulan jemaah menunaikan solat tarawih sambil menutup muka dengan kain di sebuah institusi Islam di Aceh, Indonesia. Perkara ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial kerana ia kelihatan luar biasa dan menimbulkan persoalan tentang kesahihan amalan tersebut.

Penting untuk umat Islam fahami bahawa amalan menutup muka dengan kain semasa solat seperti yang ditunjukkan bukanlah amalan sunnah yang diajar Rasulullah SAW dan boleh menimbulkan kekeliruan akidah atau ibadah jika disalah erti sebagai suatu bentuk ibadah rasmi. 

Ulama menegaskan bahawa ibadah wajib seperti solat mestilah dilakukan menurut landasan syariat yang sahih berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, bukan amalan baru yang tidak pernah diajarkan, bukan amalan yang dicipta atas alasan ‘lebih khusyuk’ atau ‘amalan khas’. Jika sesuatu perbuatan dianggap ibadah tetapi tiada sandaran syariat, ia boleh membawa kepada kesesatan akidah dan kekeliruan umat.

Justeru itu, umat Islam di Malaysia jangan mudah terikut dengan amalan yang tular di media sosial. Pastikan ilmu agama di ambil daripada guru bertauliah yang diiktiraf autoriti dan sumber yang sah bagi mengelakkan kekeliruan agar ianya dapat melindung akidah kita daripada ajaran yang menyimpang. 

Sumber: Kosmo – 28 FEB 2026


Comments