AMERIKA TERCIDUK: KUASA VETO CHINA & RUSIA TOLAK RESOLUSI AS BUKA SELAT HORMUZ

 


Isu ketegangan di Selat Hormuz kembali mencetuskan polemik apabila Amerika Syarikat menuduh Iran mengganggu ekonomi global kerana laluan minyak penting dunia itu terjejas. Namun persoalan besar timbul, siapa sebenarnya yang memulakan konflik ini?

Realitinya, ketegangan tercetus selepas tindakan keganasan Amerika Syarikat bersama Israel terhadap Iran. Apabila Iran bertindak mempertahankan kedaulatannya, mereka pula dilabel sebagai ancaman kepada dunia.

Dalam perkembangan terbaru, Rusia dan China bertindak menyekat resolusi yang disokong Amerika Syarikat di Majlis Keselamatan PBB kerana bimbang ia dijadikan alasan untuk meningkatkan tekanan dan tindakan ketenteraan terhadap Iran.

Bagi Rusia dan China, konflik ini tidak boleh dilihat secara berat sebelah. Mereka menegaskan bahawa keamanan dunia tidak akan tercapai selagi kuasa besar tertentu terus mencetuskan provokasi tetapi pada masa sama menuduh pihak lain sebagai punca krisis.

Hakikatnya, dunia semakin melihat “double standard” Barat. Apabila mereka berperang ia dipanggil “operasi keselamatan”, tetapi apabila negara lain mempertahankan diri, mereka dilabel sebagai ancaman atau pengganas.

Kesimpulannya, keamanan global tidak akan terjamin selagi politik kuasa besar dipenuhi hipokrasi dan agenda geopolitik yang mengorbankan kestabilan dan memberi ancaman pada dunia. Lihatlah sendiri kesan keegoan dan ketamakan US & Israel, dunia turut terpalit.

Jika dahulu dunia 'bisu', 'pekak' terhadap keganasan AS & Israel, namun kini dunia bangkit bersatu melawan "double standard" dan keegoan mereka.

Sumber: tiktok @nazrihamdan 


Comments